Semalam saya berkumpul makan
malam dan bersantai sembang dengan rakan-rakan dan keluarga di Glasgow. Sambil-sambil
makan dan bersembang pelbagai hal, lalu timbul cerita-cerita pasal PhD di UK. Saya
ingin bawakan senario empat situasi pelajar PhD di sini untuk manfaat bersama.
Senario A
-
Dah 4 tahun di UK.
-
Bidang pendidikan perniagaan
-
Tak ada elaun dah. Kena kerja
tambahan.
-
Anak-anak 3
-
Suami-isteri buat PhD
-
Baru hantar tesis kepada penyelia
untuk disemak
-
Menggunakan SPSS
-
Masih meminda-minda kandungan
dari bab A ke bab B.
-
Belum tentukan tarikh viva dan
pemeriksa
-
80,000 perkataan
Senario B
-
Tahun ke 4 juga
-
Bidang kejuruteraan
-
Isteri buat PhD
-
Anak-anak 3
-
Kajian makmal
-
150 mukasurat + hasil ujikaji
makmal
-
Sedang tekun menulis lagi
Senario C
-
Tahun ke 4 juga
-
Bidang kewangan
-
Isteri buat PhD
-
Baru kahwin
-
Tiada anak
-
STATA
-
80,000 perkataan
-
Sedang menulis lagi setelah
banyak kali membuat perubahan major dalam analisa
-
Menggunakan endnote
-
Baru menentukan pemeriksa dan tentatif
viva
Senario D
-
Tahun 2+
-
Bidang TESL
-
Suami-isteri buat PhD
-
Anak-anak 3
-
Analisa literatur
-
Sedang buat analisa
-
80,000 perkataan
-
Sedang memikirkan untuk
menggunakan refworks untuk simpanan rujukan
Masalah-masalah biasa empat senario
ni:
-
Tahun 1 belum tahu halatuju
-
Tahun 1 fokus kepada kelas dan
kursus-kursus berkaitan
-
Kajian makmal belum dapat output
hingga tahun 3
-
Tahun 2-3 belum tetap isi
kandungan kerana tersalah rangkakerja teori, literature, kaedah dan analisa
-
Selepas balik dari seminar,
bengkel dan persidangan, dapat komen dari profesor-profesor tentang kesilapan
kaedah dan analisa
-
Ada yang perlu bentang 3-4 kertas
kerja bersama di persidangan terutaman pelajar kejuruteraan
-
Moral yang turun naik dalam
tempoh buat PhD
-
Masalah-masalah peribadi yang tak
diduga
Senario-senario pelajar-pelajar lain
yang diceritakan/kongsikan malam semalam (walaupun dah banyak kali dan bermacam-macam
suka duka pengalaman pelajar-pelajar saya dengar sepanjang 2 tahun saya disini)
-
Ada pelajar bujang tajaan sendiri
melalui pinjaman pelajaran dapat menghabiskan dalam 2 tahun 9 bulan tapi setiap
hari bertungkus-lumus dengan PhD dan kurang aktiviti-aktiviti lain
-
Ada yang 4 tahun lebih tapi tak
sempat habiskan PhD di UK dan kembali ke Malaysia dan sambung disana
-
Ada yang hantar tesis 3+ tahun
dan kembali ke Malaysia. Kemudian datang lagi ke UK untuk viva.
-
Ada isteri-isteri yang dapat
tawaran dari universiti yang datang UK buat promosi
-
Ada yang dapat PhD tanpa
pembetulan dalam bidang sains farmasi
-
Kebanyakan dalam bidang sains social
akan dapat PhD dengan pembetulan kecil
Apapun, tabahkan hati dengan
dugaan perjalanan PhD masing-masing kerana ia adalah hidup dan usaha anda. Rakan-rakan
dan masyarakat sekeliling hanya membantu dan menyokong dari luar.
Selamat berjaya.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan