Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Rabu, 25 April 2012

Celoteh PhD/Profesional


Ramai yang teragak-agak nak buat PhD samada dalam atau luar negara. Adakah sesuai untuk mereka terutama yang bukan pensyarah.

Dan pula peringkat kedoktoran ni ada Doktor falsafah dan juga DBA. Adakah sijil profesional lebih sesuai?

Mula-mulanya, anda kena fikir apakah tujuan hidup anda dan kearah mana minat kepada ilmu dan kerjaya anda. Soalan ini mungkin besar, kompleks dan sangat sukar bagi sebagagian orang. Namun, ia sangat mudah untuk sebahagian yang lain. Ketahuilah, dalam kehidupan ini kita mencorakkan diri kita sendiri melalui ilmu dan pengalaman. Ibubapa mencorak kehidupan kita masa kecil. Apabila dewasa dan sudah mula berdikari, kita wajib membuat keputusan untuk diri kita sendiri.

Baik. Kembali ke persoalan dasar entri ini. PhD atau profesional?

Jelasnya ia mempunyai banyak alasan dan sebab. Disini ada tiga sebab utama pada pandangan saya.

  • Kerjaya.
o   Lazimnya seorang yang mempunyai PhD akan menjadi pensyarah dan masuk bidang akademik. Namun, dalam era ini, dengan PhD, anda boleh menjadi apa saja. Akademik, pengkaji atau pun kerja swasta sebagai profesional. Ada juga pihak swasta yang mengupah Dr PhD bekerja dengan mereka sebagai saintis, pakar teknologi, perunding dan pengarah. Bagaimanapun, CV anda mestilah hebat dan membuktikan anda mempunyai kelayakan yang secukupnya untuk melakukan tugas tersebut. Bukan sekadar ada PhD. Dr PhD yang muda dan kurang berpengalaman mungkin ditolak oleh syarikat swasta. Dan bukan semestinya Dr PhD yang tua juga akan diambil oleh syarikat swasta. Ini adalah proses pengambilan pekerja oleh syarikat swasta yang berbeza kriteria dari sebuah syarikat ke syarikat lain.
o   Kebanyakan syarikat antarabangsa dan juga tempatan amat mementingkan tahap profesionalisma dalam organisasi mereka kerana ia adalah satu pengamalan antarabangsa. Badan-badan profesionalisma membuat standard mereka sendiri mengenai tahap-tahap perkhidmatan, produk, sistem, etika dan juga kepatuhan undang-undang ahli-ahli mereka. Contohnya, ahli-ahli badan professional perakaunan seperti ACCA, CIMA, CPA, MICPA dll mensyaratkan garispanduan untuk diikuti oleh ahli-ahlinya pada setiap masa dalam pekerjaan. Kita dapat lihat kes seperti Enron di Amerika sebagai contoh dimana pengarah dan juga akauntannya menyorokkan maklumat dari akaun awam mereka. Sebenarnya, akauntan bertauliah tak dibenarkan berbuat demikian. Namun, atas desakan ketua di atas, mereka terpaksa ikut atau berhenti kerja. Ini dilemma akauntan professional. Dalam kes ini, sijil profesional lebih penting berbanding PhD.
  • Nilai ilmu
o   Dalam hal ini berbeza keadaan antara PhD dan sijil profesional. Sebagai Dr PhD anda melalui proses untuk menjadi seorang sarjana dan pengkaji. Dalam tempoh 3-4 tahun dan ada juga yang lebih, anda dipimpin oleh penyelia-penyelia dan juga sarjana-sarjana lain seluruh dunia yang pakar dalam bidang anda. Ini tertakluk jika anda berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan dan aktif sesama sarjana lain samada dalam persidangan, forum, bengkel, seminar, penulisan jurnal dll. Dalam erti kata lain, andalah yang membuat standard anda sendiri untuk melebihi standard seorang pakar bidang anda pada masa itu yang digelar profesor yang mendapat hadiah nobel. Dalam sarjana akademik, standard minima juga diletakkan kepada ahli-ahli PhD. Namun, anda boleh melepasi lebih daripada itu. Anda boleh bekerja sendiri. Seperti para ilmuan islam dahulu kala Ibnu Sina, Al-Farabi, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan banyak lagi dimana mereka pakar dalam pelbagai bidang dan membuat standard mereka sendiri yang lebih tinggi. Buku-buku mereka dirujuk dan disimpan oleh negara-negara barat hingga hari ini.
o   Sebaliknya, ahli profesional hanya merujuk kepada standard yang telah dibuat dan kadangkala boleh memberi komen dan cadangan kepada perubahan dan penambahbaikan standard tertentu. Bagi mereka yang membuat standard, maka mereka akan memainkan peranan lebih. Sebagai ahli biasa, ruanglingkup untuk anda membuat kajian yang lebih adalah terhad kerana urusan kerja-kerja anda yang begitu menghambat. Sebagai ahli profesional kebanyakannya hanyalah menurut standard dan kurang aktif dalam membuat standard dan mengkaji lebih mendalam bidang mereka.
o   Walaupun kajian akademik lebih bersifat teori, namun, sumbangan mereka kepada idea dan praktis juga tak kurang hebatnya berbanding standard professional yang lebih mementingkan realiti dan pragmatik kerja.
o   Di, sini, PhD dan profesional masing-masing ada sumbangan mereka sendiri.   
  • Negara
o   Apa kaitan PhD dan profesional untuk negara? Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa semakin ramai rakyatnya terdiri dari bijak pandai, negara itu akan lebih makmur. Namun, negara itu perlulah dipimpin oleh bijak pandai juga. Seperti di negara maju pada masa ini, ahli bijak pandai samada akademik dan professional sama-sama menyumbang memberi buah fikiran dan sistem negara yang lebih adil dan maju.
o   Malaysia juga perlu dipimpin oleh pemimpin yang bijakpandai dan di bantu/sokong oleh ahli-ahli cendekiawan dalam semua bidang membangun sebuah negara bertamadun tinggi. Ini memerlukan satu

Apa pun. Pensyarah sudah tentu akan membuat PhD untuk kerjaya mereka kecuali mereka berhenti sekerat jalan dalam akademik.

Bagi ahli professional yang mahu ubah angin atau kecewa dengan kerja profesional mereka dan menganggap akademik lebih mudah, itu tanggapan salah bagi saya. Sebagai sarjana, tanggungjawab fardu kifayah adalah lebih kepada anda untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Ahli professional menyumbang dengan cara mereka sendiri.

Tak kira samada anda Dr PhD atau profesional, jadilah muslim yang berilmu dan beriman dengan pemahaman islam yang betul. Bukan Dr (perangai hasad dengki) dan profesional yang songlap dan melakukan pelbagai tipu helah dalam kerja mereka.

Jika ahli cendekiawan dipandang tinggi dan mulia oleh rakyat awam kebanyakan, lahirlah satu sistem negara berdasarkan ilmu.

Ketahuilah, Allah SWT meningkatkan darjat yang tinggi kepada mereka yang berilmu pengetahuan (dalam ilmu agama dan dunia).


Kata Imam Sakhawi ra, barangsiapa yang memasuki bidang ilmu secara berseorangan (tanpa berguru) maka dia juga akan keluar secara berseorangan (tanpa menjadi alim). Membaca pula harus banyak dan bersungguh, para imam terdahulu membaca kitab yang banyak dan menelaah ilmu dari pelbagai sumber. Kemudian ilmu dan isi penting itu perlu ditulis kerana kata Anas bin Malik ra, Ilmu itu diikat dengan menulis. (Jami Bayan Al-Ilm) 
Di sini saya kongsikan sebahagian nasihat daripada Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani buat para doktor yang dikasihi sekalian;

✔ ••► Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untuk tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah.

~ Imam Syafie berkata: Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy).

✔ ••► Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

~ Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan, aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doktor Afghanistan merasa kagum kerana banyak pembedahan yang aku berjaya lakukan. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan HATI.

✔ ••► Pesanan untuk pelajar perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia.

~ Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah.
 
Selamat berjaya.
~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan