Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label Falsafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Falsafah. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Paridgma Kajian Sistem Maklumat (Information System)


“Kajian sistem maklumat terus diberi kritikan kerana lopong asas (fundamental gap) antara teori dan amalan. Pengkritik menyatakan bahawa ini adalah sebahagian besarnya hasil daripada kekurangan pengkaedahan (methodological inadequacy) daripada paradigma positivis yang dominan kepada fitrah/tabi’i ontologi sesuatu sabjek.

Kajian-kajian yang menghargai (recognise) fitrah/tabi’i pengaplikasian (applied) disiplin sistem maklumat dan  kerana itu komited kepada pembuatan ilmu pengetahuan yang berkaitan dan praktikal telah menggunapakai jenis kajian aksi dan intervensi.

Walaupun kekuatan mereka dalam membuat/mengeluarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dan praktikal, kajian-kajian seperti itu adalah ketandusan/amat kurang (scarce) keranan mereka ditolak atas sebab kekurangan nilai saintifik (scientific credence).

Breu dan Peppard (2001) mengenalkan pandangan dunia (worldview) penyertaan sebagai satu paradigm kajian yang menyediakan legitimasi kefalsafahan untuk pendekatan-pendekatan kajian aksi (Breu & Peppard, 2001).”

Paradigma

Terdapat banyak definisi untuk terma ‘paradigma’. Bagaimanapun, antara definisi yang popular adalah seperti yang didefinisikan oleh Kuhn (1962): “Paradigma adalah satu set kepercayaan bersama dan persetujuan (common beliefs and agreements) yang dikongsi antara ahli-ahli sains mengenai bagaimanakah masalah-masalah patut difahami dan diselesaikan”.

Hirschheim dan Klein (1989) mendefinisikan paradigma sebagai “satu set andaian yang sangat asasi (fundamental) digunapakai oleh komuniti profesional yang membenarkan ahli-ahlinya untuk berkongsi persepsi yang sama dan menyertai (engage) dalam amalan-amalan yang kebiasaannya dikongsi bersama”.

Hirschheim (1989) mencadangkan empat paradigma untuk pembangunan sistem maklumat yang mana pada permulaannya digunakan dalam kajian organisasi dan sosial (Burrell & Morgan 1979). Paradigma ini termasuk: kefungsian (functionalism), relatif sosial (social relativism), struktur radikal (radical structuralism), dan neo-kemanusiaan (neo-humanism).

Burrell dan Morgan (1979:23) menyatakan bahawa maksud terma paradigma itu dihasratkan untuk menekankan perspektif kebiasaan (commonality) yang mengikat kerja sekumpulan ahli teori bersama dalam satu cara dimana mereka boleh dianggap secara bergunanya sebagai mendekati teori sosial dalam linkungan masalah (problematic) yang sama.

Mereka sintesis teori-teori organisasi berdasarkan atas (1) satu falsafah sains sosial, menngunakan dimensi sabjektif-objektif, dan (2) satu teori masyarakat (society), menggunakan dimensi ubah radikal peraturan (regulation radical change).

Mereka membentangkan empat paradigma untuk analisa teori sosial dalam organisasi dengan menggabungkan dimensi-dimensi ini iaitu kefungsian (functionalism), relatif sosial (social relativism), struktur radikal (radical structuralism), dan neo-kemanusiaan (neo-humanism).


Andaian-andaian dalam paradigma

Empat andaian Burrell dan Morgan (1979) mengenai fitrah/tabi’i atau falfasah sains sosial adalah: Ontologi, Epistemologi, Fitrah/Tabi’i manusia dan metodologi.

Sistem maklumat

Sistem maklumat mempunyai asal usul dalam pelbagai rujukan disiplin dengan perspektif kajian teori yang jelas (distinct) keatas isu-isu yang penting untuk dikaji dan kaedah-kaedah untuk mengkaji mereka (Bariff & Ginzberg, 1982; Dickson et al., 1982; Mendelson et al,, 1987).

Sistem maklumat didefiniskan sebagai perisian dan perkakasan sistem yang menyokong aplikasi-aplikasi data-intensif.

Willcocks, Lacity dan Fitzgerald (1995) mendefiniskan teknologi maklumat (IT) sebagai “cara-cara teknikal ayng tersedia – perkakas (equipment) dan teknik-teknik pendekatan (attendant), yang secara pentingnya adalah dasar-aktiviti (activity-based), berorientasikan pembekalan (supply-oriented) dan pemfokusan kepada teknologi dan penyampaian (technology- and delivery-focused).”

Sebaliknya, sistem maklumat menurut mereka adalah “aplikasi-aplikasi perniagaan, lebih kurang yang berdasarkan teknologi maklumat.”

Kajian sistem maklumat

Kajian sistem maklumat adalah a) pelbagai-disiplin dan b) pelbagai-nasional.

Ia boleh dilihat sebagai satu tapestry yang kaya dengan kaedah-kaedah kajian pelbagai, paradigma kajian, dan pendekatan kajian (Benbasat & Weber 1996, Wade & Hulland 2004).

Jadi, dari definisi dan penerangan mengenai sistem maklumat diatas, jelaslah bahawa kajian sistem maklumat adalah satu bidang yang memerlukan pemahaman yang luas oleh penyelidik-penyelidik akan ilmu-ilmu dan cabang-cabang pelbagai disiplin. Ini menjadikan ia satu bidang yang komprehensif dan bertenaga untuk menyelesaikan pelbagai masalah-masalah yang berkait dengan organisasi, manusia, teknologi dan persekitaran. 

Selamat berparadigma dan berfalsafah.

~yba~

Rabu, 9 Mei 2012

Ontologi dan epistemologi


Dalam kajian kualitatif, ontologi dan epistemologi sangat penting dan perlu di jelaskan dalan tesis atau kertas kerja. Para penyelidik perlu jelas tentang kaedah kajian, ontologi dan epistemologi kajian mereka.

Bagi para pelajar PhD, sebelum anda mula menulis tesis atau kertas cadangan, anda pelu memahami beberapa bahasa akademik. Ini adalah kerana anda sedang mengejar ijazah Doktor Falsafah. Falsafah disitu menggambarkan bahawa syarat minima adalah anda memahami dengan baik mengenai falsafah kajian anda. Terutamanya, tiga konsep utama yang disebut diatas iaitu kaedah kajian, ontologi dan epistemologi.

  • Kaedah kajian – berkait dengan alat dan teknik kajian
  • Ontologi – berkait dengan andaian anda tentang bagaimana dunia diciptakan dan fitrah/lumrah/tabii sesuatu benda yang diciptakan
  • Epistemologi – berkait dengan kepercayaan anda tentang bagaimana seseorang itu dapat menemui/mencari ilmu pengetahuan mengenai dunia (MacIntosh, 2009).

Ramai sudah faham, mahir dan pakar dalam kaedah-kaedah kajian. Ia samada kaedah kuantitatif, kualitatif atau campuran. Di dalam setiap kaedah kajian terdapat teknik-teknik atau pendekatan yang perlu penyelidik pilih untuk menjalankan kajian mereka.

Sebaliknya, ontologi (dari onto-, dari Greek ὤν, ὄντος "ada; iaitu adalah ia", present participle dari perkataan katakerja εἰμί "ada (be)", dan -λογία, -logia: sains, kajian, teori) adalah kajian falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabii kehidupan (nature of being), kewujudan, atau realiti sesuatu itu, dan juga kategori asas kehidupan/kewujudan (being) dan hubungan mereka. Ontologi adalah berkait dengan soalan tentang apa entiti yang wujud atau boleh dikatakan wujud dan bagaimana  entiti itu boleh dikumpulkan, dikaitkan dalam satu hirarki dan disubbahagi mengikut kesamaan dan kebezaan (Wikipedia).

Apa pula epistemologi?
Epistemologi (dari Greek ἐπιστήμη (epistēmē), bermaksud "ilmu pengetahuan, pemahaman", dan λόγος (logos), bermaksud "kajian mengenai (study of)") adalah cabang falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabi’i (nature) dan skop (had-had) ilmu pengetahuan. Ia menjawab pertanyaan soalan:

  • Apakah dia ilmu pengetahuan?
  • Bagaimana ilmu pengetahuan itu diperolehi?
  • Setakat mana ia mungkin/tak mustahil untuk sabjek yang diberi atau entiti yang hendak diketahui?
   
Terma epistemologi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah Scotland James Frederick Ferrier (1808–1864) (Wikipedia).


Kesimpulan

Tidak kira jika anda dibidang mana sekalipun samada sains tulen, sains sosial atau sastera, ontologi dan epistemologi boleh digunapakai untuk mendekati apa yang anda ingin capai dalam usaha kajian anda memahami dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang anda.

Namun, ilmu falsafah dikatakan telah dimulakan oleh Aristotle dan Plato dari bangsa yunani. Kemudiannya, beberapa ilmuwan islam seperti al-Farabi, ibnu Sina, ibnu Rushd dan lain-lain telah belajar mengenai ilmu falsafah ini dan cuba memberi fahaman mengenai ilmu tauhid kepada bangsa eropah mengenai akidah islam secara ilmu metafizik. Ada juga ulama-ulama islam zaman itu mengecam ilmuwan islam mempelajari dan menggunakan ilmu falsafah yunani atau metafizik dalam ilmu islam. Perdebatan ini berterusan kerana bagi saya ilmu falsafah mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Pada hari ini, kajian teologi islam ada juga yang menggunakan ilmu logik metafizik (penyelidik bidang usuluddin dan syariah boleh komen pasal perkara ini).

Selamat berfalsafah dalam kajian.

~yba~