Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label NVivo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NVivo. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

Makmal IT dan Bengkel pascasiswazah

Makmal komputer Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (FPTT), UTeM, Kampus bandar bersebelahan dengan UTC Melaka mempunyai kemudahan seperti berikut:

1) 4 makmal. 2 makmal sarjana muda dan 2 makmal pascasiswazah.

2) Perisian SPSS Versi 20.

3) Perisian NVivo.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengadakan bengkel IT atau penggunaan perisian, latihan dan lain-lain bolehlah menghubungi juruteknik FPTT.

Khamis, 14 Jun 2012

Analisa NVivo - Panduan awal

Banyak maklumat boleh diperolehi berkenaan perisian NVivo dan cara-cara menggunakannya. Bagi saya, NVivo sangat mudah jika anda faham cara manual untuk menganalisa data kualitatif. Perisian akan memudahkan lagi kerja pengurusan data kualitatif yang begitu banyak berbanding data kuantitatif.


Buku yang saya mula rujuk pada awal PhD saya enam tahun lepas ialah tulisan Pat Bazeley. Di samping itu juga saya menghadiri kursus 2 hari pengenalan kajian kualitatif dan NVivo oleh pensyarah UUM di UIAM. Kursus itu nampaknya hanya sebagai ulangan dari apa yang telah dibaca kerana pelajar-pelajar yang hadir merupakan kosong atau permulaan pengetahuan mengenai kajian kualitatif dan NVivo.




Di bawah ini, saya sertakan tajuk-tajuk dalam buku Pat Bazeley:


1 Perspectives: Qualitative computing and NVivo
Qualitative research purposes and NVivo
Issues raised by using software for qualitative data analysis
What does an NVivo project look like?
About this book

2 Starting a project
Starting
Starting with software
Saving your project

3 Making data records
Data for your project
Data in cases
Data preparation
Data records in NVivo
Managing data sources in NVivo

4 Working with data
Goals for early work with data
Gaining perspective on the text
Building knowledge of the data through coding
Storing coding in nodes
Reflecting on the case

5 Connecting ideas
Development of the coding system
Making connections across trees
Coding in practice
Managing coding

6 Managing data
Managing data sources
Bringing demographic or other quantified data into your analysis
Scoping queries

7 The ‘pit stop’
Seeing data afresh in nodes
Searching text
Revisiting the literature
Pausing to ‘play’ with models
The periodic pause

8 Going further
The analytic journey
Queries in NVivo
Starting the journey…
Going further with cases
Going further with concepts
Going further with narrative and discourse
Using numerical counts
Going further into theory building
Moving on – further resources

Selamat menganalisa data

~yba~

Sabtu, 21 April 2012

NVivo 9 - Pengenalan


Apa yang hebat sangat dengan NVivo ini?

NVivo 9 adalah satu perisian yang dapat membantu anda bekerja dengan maklumat tak berstruktur seperti dokumen, survey, audio, video dan gambar – supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik akhirnya. Biar apa saja bahan-bahan, apa saja bidang, apa saja pendekatan kajian anda, NVivo menyediakan ruangkerja untuk membantu anda pada setiap peringkat projek.

Ciri-ciri NVivo 9
  •  Impot dan kerja dengan dokumen, PDFs, spreadsheets, audio, video dan gambar.
  • Memberi lebih masa untuk analisa data dan penemuan. NVivo membiarkan anda menyusun dan klasifikasi data dengan cepat.
  • Bekerja secara sistematik dan memastikan anda tidak tertinggal sebarang data anda.
  • Membuka perhubungan halus dengan cara yang ringkasnya mustahil secara manual melalui pertanyaan.
  • Menoleh belakang dan menambah fikrah dan idea anda kepada penganalisaan.
  • Justifikasi secara rigorous tentang hasil kajian anda dengan bukti. NVivo membantu anda menghubungkan hasil kajian kembali kepada data asal yang menyokongnya.
  • Mengantara-tukar data dengan mudah dengan aplikasi seperti Microsoft Excel, Word, IBM SPSS Statistics dan EndNote.
  • Mudah bekerja dengan bahan dalam bahasa anda sendiri.
  • Mengongsi kerja anda dengan rakan-rakan dengan mudah sekali.

Apa yang baru dalam NVivo 9

  • Akses sumber-sumber pembelajaran baru
  • Nikmati pembolehgunaan yang dipertingkatkan
  • Lebih banyak versi bahasa, lebih pilihan
  • Susun dan urus data dengan mudah
  • Bekerja dengan spreadsheets dan pangkalan data
  • Penggunaan PDF yang ditambahbaiki dengan signifikan (NVivo 9.1 ke atas)
  • Bekerja dengan semakan literatur dan bibliografi
  • Biar fungsi “finds” berevolusi dengan projek anda
  • Jelajah data anda secara otomatik
  • Lihat susunan(patterns) dan perhubungan(connections) dalam data
  • Nikmati bantuan untuk metodologi yang lebih banyak
  • Ubahantara(Interchange) dan kongsi data anda
  • Kerjapasukan tulen dengan NVivo Server 9
Tontoni video-video dibawah untuk tutorial ringkas mengenai NVivo 9

1.    Tutorial 1 – Sediakan dan jalankan NVivo 9
Demonstrasi NVivo menggunakan projek contoh berkisar tentang perubahan keadaan sekeliling (environment).

2.    Tutorial 2 – Apa yang baru dalam NVivo 9
Menggunakan perisian NVivo 8 sediaada? Belajar mengenai paparan baru NVivo 9 dan bagaimana ia boleh membantu anda.

3.    Tutorial 3 – Bekerja dengan hasil soalselidik survey
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan tindakbalas survey, atau maklumat apa saja dalam spreadsheets dan jadual pangkalan data.

4.    Tutorial 4 – Bekerja dengan audio, video dan imej
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan rakaman audio, paparanvideo dan foto digital.

5.    Tutorial 5 – Bekerja dengan temuduga, artikel dan dokumen lain
Belajar cara untuk mengimpot dan bekerja dengan dokumen Word, PDFs dan data bibliografi dalam NVivo 9.

6.    Tutorial 6 – Susun bahan kedalam tema dengan pengkodan
Belajar cara menggunakan NVivo untuk menyusun bahan anda kedalam tema-tema. Anda juga akan lihat bagaimana pengkodan boleh menolong jelajahi dan visualisasi bahan anda.

7.    Tutorial 7 – Bekerja dengan maklumat mengenai orang, tempat dan kes-kes lain
Belajar cara menggunakan NVivo untuk merekod dan bekerja dengan maklumat mengenai entity atau kes dalam projek seperti orang, tempat dan organisasi.

8.    Tutorial 8 – Jelajah pengkodan anda 
Belajar cara menggunakan pertanyaan pengkodan dalam NVivo untuk menguji idea dan jelajah bahan anda.

9.    Tutorial 9 – Cari tema dan analisa teks           
Belajar cara menggunakan kemudahan analisa teks NVivo untuk menolong anda mengenali tema dan jelajah penggunaan bahasa dalam projek.

selamat mencuba.

~yba~