Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Lopong Kajian (Research Gap)


Bagi pelajar yang baru mencebur diri dalam kajian akademik mungkin pening kepala mencari dan membina lopong kajian.

Sebenarnya, ia tak susah jika anda mengikut langkah-langkah yang perlu dalam kajian. Bagi penyelidik pakar, mereka ada jalan/cara tersendiri selain dari mengikut cara-cara/teknik-teknik yang biasa digunapakai oleh penyelidik-penyelidik lain.

Kenapa perlu cari lopong kajian? Sudah tentu kerana kita tak mahu tiru/menggandakan hasil kajian yang orang lain telah lakukan untuk menjadikan kajian kita ‘asli’. Usaha ini perlulah mula dari awal kajian lagi. Ada juga yang mengatakan, lopong kajian adalah:

  • Yang menjadikan manuskrip anda diterbitkan
  • Elemen yang hilang dalam literatur kajian sedia ada
  • Lopong yang anda hendak isikan dalam pendekatan kajian anda

Mengikut skema yang dicadang oleh Swales (1981), diambil dari Bruce (1995), langkah-langkah teratur yang menjadi kebiasaan untuk diikut oleh penulis ketika menulis artikel jurnal adalah:
  • Bina bidang anda: Kenalpasti masalah besar dan luas dan kemudian tentukan kepentingannya
  • Ringkaskan kajian terdahulu: Tentukan apakah yang signifikan dalam apa yang telah ditulis
  • Buat/ciptakan satu ruang kajian: Ceritakan lopong yang anda cadangkan untuk menambah kepada literatur kajian sediaada. Ini kemudiannya akan mencipta peluang untuk anda membuat sumbangan kepada kajian dalam bidang itu
  • Kenalkan projek kajian anda: Bina tesis kajian anda atau soalan-soalan

Kesimpulan

Kajian PhD anda merupakan hasil sumbangan yang bakal anda beri kepada literatur ilmu pengetahuan bidang anda disamping perkara praktikal yang boleh diamalkan oleh golongan bukan akademik di organisasi mereka. Seharusnya, kajian anda merupakan sesuatu yang belum pernah dikaji oleh penyelidik lain dan boleh menjana beberapa sumbangan yang bermanfaat dan signifikan kepada bidang akademik dan juga amalan.

Mencari lopong kajian memerlukan pembacaan yang luas dalam literatur dan penelitian serta membuat keputusan yang besar kepada satu kajian PhD yang bakal mencorakkan kehidupan anda 3-4 tahun kemudian dan juga hasil natijahnya selepas anda viva dalam tesis anda.

Oleh itu, janganlah terburu-buru dalam mencari kelopongan kajian kerana ia akan menjadi tesis anda!

Selamat mencuba.

~yba~

Rabu, 11 April 2012

Kertas cadangan PhD (dan sarjana penyelidikan)


Setiap usul memerlukan cadangan dibuat. Dalam kajian akademik seperti PhD, permohonan untuk diterima sebagai pelajar PhD memerlukan satu kertas cadangan ringkas tajuk/bidang/skop yang ingin dibuat. Ada fakulti yang mengagihkan pelajar kepada bakal penyelia dan ada juga kes dimana pelajar mencari penyelia yang diingini dan kemudian mendaftar sebagai pelajar. Anda lebih mengetahui citarasa anda!


Di sini, saya ingin bercakap mengenai kertas cadangan PhD (atau sarjana) dan contoh serta tip-tip umum.


Baiklah. Apakah yang dikatakan sebagai kertas cadangan kajian PhD (atau sarjana penyelidikan)?


Kertas cadangan PhD adalah satu ringkasan (outline) mengenai cadangan projek anda yang di bina/bentuk untuk:


• Mendefinisikan soalan yang jelas dan pendekatan untuk menjawabnya
• Menjelaskan dengan terang (Highlight) tentang keaslian dan/atau kesignifikan kajian
• Menerangkan bagaimana kajian itu dapat menambah kepada, membina (atau mencabar) literature sediaada dalam bidang tersebut
• Meyakinkan bakal penyelia dan/atau pembiaya tentang kepentingan kerja tersebut, dan mengapa anda adalah pengkaji yang tepat untuk mengambil amanah tugasan tersebut


Kertas cadangan PhD yang baik adalah hasil dari pembaikan berterusan sepanjang tempoh kerja. Ia adalah satu kebiasaan untuk pelajar-pelajar membuat pembaikan berterusan kertas cadangan asal mereka setelah membuat semakan literature terperinci, pertimbangan selanjutnya mengenai pendekatan kajian dan juga komen-komen yang diterima dari penyelia (dan staf akademik yang lain). Ia sangat berguna jika anda melihat kertas cadangan anda sebagai ringkasan awal (outline) daripada menganggap ia sebagai ringkasan ‘produk akhir’ (Audra Mitchell, 2012).


Contoh kandungan kertas cadangan PhD untuk di bentangkan semasa pertahanan kertas cadangan (Berbeza antara setiap university dan fakulti. Kebiasaannya, ia tidak melebih 3,000 patah perkataan):
TUJUAN KAJIAN DAN OBJEKTIF ........................................................
SEMAKAN LITERATUR .................................................................
Latarbelakang .....................................................................
Rasional ..........................................................................
Soalan-soalan .....................................................................
KAEDAH ............................................................................
Konteks Domain Falsafah ...........................................................
Konteks Domain Kaedah .............................................................
Kluster Kaedah (Strategi Kajian) .................................................
Teknik-teknik Pengumpulan Data ....................................................
Teknik-teknik Analisa Data ........................................................
Sumbangan Kajian ..................................................................
Pematuhan Etika ...................................................................
JADUAL MASA .......................................................................
RUJUKAN ...........................................................................


Sumber rujukan lain:
• Bell, J. (1999): Doing Your Research Project: A Guide for First-time Researchers in Education & Social Science, (Oxford University Press, Oxford).
• Baxter, L, Hughes, C. and Tight, M. (2001): How to Research, (Open University Press, Milton Keynes).
• Cryer, P. (2000): The Research Student's Guide to Success, (Open University, Milton Keynes).
• Delamont, S., Atkinson, P. and Parry, O. (1997): Supervising the PhD, (Open University Press, Milton Keynes).
• Philips, E. and Pugh, D. (2005): How to get a PhD: A Handbook for Students and their Supervisors, (Open University Press, Milton Keynes).


Selamat Berjaya!


~yba~