Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label Masalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Lopong Kajian (Research Gap)


Bagi pelajar yang baru mencebur diri dalam kajian akademik mungkin pening kepala mencari dan membina lopong kajian.

Sebenarnya, ia tak susah jika anda mengikut langkah-langkah yang perlu dalam kajian. Bagi penyelidik pakar, mereka ada jalan/cara tersendiri selain dari mengikut cara-cara/teknik-teknik yang biasa digunapakai oleh penyelidik-penyelidik lain.

Kenapa perlu cari lopong kajian? Sudah tentu kerana kita tak mahu tiru/menggandakan hasil kajian yang orang lain telah lakukan untuk menjadikan kajian kita ‘asli’. Usaha ini perlulah mula dari awal kajian lagi. Ada juga yang mengatakan, lopong kajian adalah:

  • Yang menjadikan manuskrip anda diterbitkan
  • Elemen yang hilang dalam literatur kajian sedia ada
  • Lopong yang anda hendak isikan dalam pendekatan kajian anda

Mengikut skema yang dicadang oleh Swales (1981), diambil dari Bruce (1995), langkah-langkah teratur yang menjadi kebiasaan untuk diikut oleh penulis ketika menulis artikel jurnal adalah:
  • Bina bidang anda: Kenalpasti masalah besar dan luas dan kemudian tentukan kepentingannya
  • Ringkaskan kajian terdahulu: Tentukan apakah yang signifikan dalam apa yang telah ditulis
  • Buat/ciptakan satu ruang kajian: Ceritakan lopong yang anda cadangkan untuk menambah kepada literatur kajian sediaada. Ini kemudiannya akan mencipta peluang untuk anda membuat sumbangan kepada kajian dalam bidang itu
  • Kenalkan projek kajian anda: Bina tesis kajian anda atau soalan-soalan

Kesimpulan

Kajian PhD anda merupakan hasil sumbangan yang bakal anda beri kepada literatur ilmu pengetahuan bidang anda disamping perkara praktikal yang boleh diamalkan oleh golongan bukan akademik di organisasi mereka. Seharusnya, kajian anda merupakan sesuatu yang belum pernah dikaji oleh penyelidik lain dan boleh menjana beberapa sumbangan yang bermanfaat dan signifikan kepada bidang akademik dan juga amalan.

Mencari lopong kajian memerlukan pembacaan yang luas dalam literatur dan penelitian serta membuat keputusan yang besar kepada satu kajian PhD yang bakal mencorakkan kehidupan anda 3-4 tahun kemudian dan juga hasil natijahnya selepas anda viva dalam tesis anda.

Oleh itu, janganlah terburu-buru dalam mencari kelopongan kajian kerana ia akan menjadi tesis anda!

Selamat mencuba.

~yba~

Rabu, 2 Mei 2012

Penyeliaan PhD – Amalan Australia (hasil kajian)


Berikut adalah hasil kajian di Australia dalam tahun 90an mengenai pembinaan penyeliaan PhD yang efektif. Ringkasnya:

A) Untuk pelajar:
Pelajar-pelajar perlulah menunjukkan:
• Keaslian data atau penganalisaan data;
• Tersusun (coherence) dari segi penghujahan (argument) dan persembahan (presentation);
• Kompeten dalam analisa, teknikal dan konsep; dan
• Kompeten dari segi konteks.


B)  Untuk penyelia:
Ciri-ciri seorang ‘penyelia baik’ adalah:
• Mudah untuk didekati dan mesra;
• Memberi sokongan, atitud positif;
• Berfikiran terbuka, bersedia untuk mengaku kesalahan;
• Tersusun (organised) dan mendalam; dan
• Menggalakkan dan menunjukkan minat (enthusiasm) kepada kajian.

C)  Inisiatif penstrukturan organisasi (sistem sokongan)
Walaupun pelajar dan penyelia memainkan banyak peranan dalam penyediaan tesis, namun sokongan struktur dari fakulti dan universiti juga sangat penting. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti penyeliaan PhD, bukan sahaja sistem yang efisien dan efektif. Kualiti adalah dibina dalam, dan bukan dicapai melalui, kawalan-kawalan.

Setiap universiti dan fakulti membina sistem sokongan dan prosedur mereka sendiri seperti panel pascasiwazah, prosedur penyelesaian masalah (grievance), program dan sekolah pascasiswazah di setiap universiti.  

Kesimpulan
Universiti-universiti yang lengkap dengan prasarana yang kondusif untuk membuat kajian, pembelajaran, riadah dan lain-lain lebih di sukai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah.

Selamat berjaya.

~yba~ 



Sabtu, 28 April 2012

Phd di UK?



Semalam saya berkumpul makan malam dan bersantai sembang dengan rakan-rakan dan keluarga di Glasgow. Sambil-sambil makan dan bersembang pelbagai hal, lalu timbul cerita-cerita pasal PhD di UK. Saya ingin bawakan senario empat situasi pelajar PhD di sini untuk manfaat bersama.

Senario A
-         Dah 4 tahun di UK.
-         Bidang pendidikan perniagaan
-         Tak ada elaun dah. Kena kerja tambahan.
-         Anak-anak 3
-         Suami-isteri buat PhD
-         Baru hantar tesis kepada penyelia untuk disemak
-         Menggunakan SPSS
-         Masih meminda-minda kandungan dari bab A ke bab B.
-         Belum tentukan tarikh viva dan pemeriksa
-         80,000 perkataan

Senario B
-         Tahun ke 4 juga
-         Bidang kejuruteraan
-         Isteri buat PhD
-         Anak-anak 3
-         Kajian makmal
-         150 mukasurat + hasil ujikaji makmal
-         Sedang tekun menulis lagi

Senario C
-         Tahun ke 4 juga
-         Bidang kewangan
-         Isteri buat PhD
-         Baru kahwin
-         Tiada anak
-         STATA
-         80,000 perkataan
-         Sedang menulis lagi setelah banyak kali membuat perubahan major dalam analisa
-         Menggunakan endnote
-         Baru menentukan pemeriksa dan tentatif viva
 
Senario D
-         Tahun 2+
-         Bidang TESL
-         Suami-isteri buat PhD
-         Anak-anak 3
-         Analisa literatur
-         Sedang buat analisa
-         80,000 perkataan
-         Sedang memikirkan untuk menggunakan refworks untuk simpanan rujukan

Masalah-masalah biasa empat senario ni:
-         Tahun 1 belum tahu halatuju
-         Tahun 1 fokus kepada kelas dan kursus-kursus berkaitan
-         Kajian makmal belum dapat output hingga tahun 3
-         Tahun 2-3 belum tetap isi kandungan kerana tersalah rangkakerja teori, literature, kaedah dan analisa
-         Selepas balik dari seminar, bengkel dan persidangan, dapat komen dari profesor-profesor tentang kesilapan kaedah dan analisa
-         Ada yang perlu bentang 3-4 kertas kerja bersama di persidangan terutaman pelajar kejuruteraan
-         Moral yang turun naik dalam tempoh buat PhD
-         Masalah-masalah peribadi yang tak diduga

Senario-senario pelajar-pelajar lain yang diceritakan/kongsikan malam semalam (walaupun dah banyak kali dan bermacam-macam suka duka pengalaman pelajar-pelajar saya dengar sepanjang 2 tahun saya disini)
-         Ada pelajar bujang tajaan sendiri melalui pinjaman pelajaran dapat menghabiskan dalam 2 tahun 9 bulan tapi setiap hari bertungkus-lumus dengan PhD dan kurang aktiviti-aktiviti lain
-         Ada yang 4 tahun lebih tapi tak sempat habiskan PhD di UK dan kembali ke Malaysia dan sambung disana
-         Ada yang hantar tesis 3+ tahun dan kembali ke Malaysia. Kemudian datang lagi ke UK untuk viva.
-         Ada isteri-isteri yang dapat tawaran dari universiti yang datang UK buat promosi
-         Ada yang dapat PhD tanpa pembetulan dalam bidang sains farmasi
-         Kebanyakan dalam bidang sains social akan dapat PhD dengan pembetulan kecil

Apapun, tabahkan hati dengan dugaan perjalanan PhD masing-masing kerana ia adalah hidup dan usaha anda. Rakan-rakan dan masyarakat sekeliling hanya membantu dan menyokong dari luar.

Selamat berjaya.

~yba~