Berikut adalah hasil kajian di
Australia dalam tahun 90an mengenai pembinaan penyeliaan PhD yang efektif. Ringkasnya:
A)
Untuk pelajar:
Pelajar-pelajar perlulah
menunjukkan:
• Keaslian data atau
penganalisaan data;
• Tersusun (coherence) dari segi
penghujahan (argument) dan persembahan (presentation);
• Kompeten dalam analisa, teknikal
dan konsep; dan
• Kompeten dari segi konteks.
B)
Untuk penyelia:
Ciri-ciri seorang ‘penyelia baik’
adalah:
• Mudah untuk didekati dan mesra;
• Memberi sokongan, atitud positif;
• Berfikiran terbuka, bersedia
untuk mengaku kesalahan;
• Tersusun (organised) dan
mendalam; dan
• Menggalakkan dan menunjukkan minat
(enthusiasm) kepada kajian.
C)
Inisiatif penstrukturan organisasi
(sistem sokongan)
Walaupun pelajar dan penyelia
memainkan banyak peranan dalam penyediaan tesis, namun sokongan struktur dari
fakulti dan universiti juga sangat penting. Ini dapat membantu meningkatkan
kualiti penyeliaan PhD, bukan sahaja sistem yang efisien dan efektif. Kualiti
adalah dibina dalam, dan bukan dicapai melalui, kawalan-kawalan.
Setiap universiti dan fakulti
membina sistem sokongan dan prosedur mereka sendiri seperti panel pascasiwazah,
prosedur penyelesaian masalah (grievance), program dan sekolah pascasiswazah di
setiap universiti.
Kesimpulan
Universiti-universiti yang
lengkap dengan prasarana yang kondusif untuk membuat kajian, pembelajaran,
riadah dan lain-lain lebih di sukai oleh pelajar-pelajar dan
pensyarah-pensyarah.
Selamat berjaya.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan