Kali ini saya ingin berkongsi sedikit
pengalaman dan pengetahuan semenjak berkecimpung dalam kajian akademik semenjak
tahun 2006.
Semasa mula daftar kelas pertama kaedah
kajian, pelajar terus diajar asas-asas jenis kajian kunatitatif dan kualitatif
serta cara-cara melaksanakannya. Bagi seorang akauntan yang baru terjun dan
berjinak dengan kajian akademik dan PhD, proses mencari maklumat agak efisien. Namun,
tafsiran buku-buku dan nota-nota adalah secara umum dan tak khusus kepada
jabatan dan fakulti saya. Hasil diskusi dengan rakan-rakan PhD di jabatan yang
sama pun tak jelas. Hasilnya, saya meminjam tesis-tesis pensyarah fakulti itu
yang tersimpan di perpustakaan kecil fakulti.
Kebanyakan tesis adalah kajian
kuantitatif yang dominan. Ketika itu ada seorang pensyarah baru balik dari
Manchester, UK yang menggunakan kaedah campuran. Penyelia saya adalah seorang
kualitatif. Namun, penyelia saya juga memeriksa tesis kuantitatif. Kualitatif di
fakulti tersebut hanya seorang iaitu penyelia saya.
Pada mulanya saya membuat kertas
cadangan kuantitatif. Namun, setelah di bincang dan difikirkan dengan mendalam,
saya meneruskan dengan kaedah bercampur dimana kualitatif lebih dominan. Akhirnya,
saya terpaksa menggugurkan kajian kuantitatif survey kerana tesis saya terlalu
tebal…haha. 500 muka surat. Itu pun setelah banyak kandungan dipindahkan ke
apendiks. Dan saya masih ada banyak cerita yang hendak disampaikan. Namun, masa
dan faktor lain telah menipiskan tesis saya ke 350 mukasurat dan kualitatif
sepenuhnya.
Alhamdulillah, saya lulus dalam
viva voce.
Profesor Derek Pugh menggariskan
bahawa kandungan PhD yang baik mencakupi dua perkara utama:
1.
Makna PhD
o
Untuk menjadi seorang penyelidik profesional
o
Untuk belajar seni membuat
penyelidikan
o
Termasuk kemahiran dan nilai
o
Belajar secara sedar dan tacit
2.
Bentuk Phd – 4 komponen penting:
o
Teori latarbelakang: ringkaskan
dan dinilaikan
o
Teori fokus: “tesis” anda
o
Teori data: rekaan kajian,
kesahihan pengukur
o
Sumbangan
Selamat belajar dan menyelidik.
~yba~
KICT, UIAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan