Dalam kajian kualitatif, ontologi
dan epistemologi sangat penting dan perlu di jelaskan dalan tesis atau kertas
kerja. Para penyelidik perlu jelas tentang kaedah kajian, ontologi dan
epistemologi kajian mereka.
Bagi para pelajar PhD, sebelum
anda mula menulis tesis atau kertas cadangan, anda pelu memahami beberapa
bahasa akademik. Ini adalah kerana anda sedang mengejar ijazah Doktor Falsafah.
Falsafah disitu menggambarkan bahawa syarat minima adalah anda memahami dengan
baik mengenai falsafah kajian anda. Terutamanya, tiga konsep utama yang disebut
diatas iaitu kaedah kajian, ontologi dan epistemologi.
- Kaedah kajian – berkait dengan alat dan teknik kajian
- Ontologi – berkait dengan andaian anda tentang bagaimana dunia diciptakan dan fitrah/lumrah/tabii sesuatu benda yang diciptakan
- Epistemologi – berkait dengan kepercayaan anda tentang bagaimana seseorang itu dapat menemui/mencari ilmu pengetahuan mengenai dunia (MacIntosh, 2009).
Ramai sudah faham, mahir dan
pakar dalam kaedah-kaedah kajian. Ia samada kaedah kuantitatif, kualitatif atau
campuran. Di dalam setiap kaedah kajian terdapat teknik-teknik atau pendekatan
yang perlu penyelidik pilih untuk menjalankan kajian mereka.
Sebaliknya, ontologi (dari onto-,
dari Greek ὤν, ὄντος "ada; iaitu adalah ia", present participle dari
perkataan katakerja εἰμί "ada (be)", dan -λογία, -logia: sains, kajian,
teori) adalah kajian falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabii kehidupan (nature of
being), kewujudan, atau realiti sesuatu itu, dan juga kategori asas
kehidupan/kewujudan (being) dan hubungan mereka. Ontologi adalah berkait dengan
soalan tentang apa entiti yang wujud atau boleh dikatakan wujud dan
bagaimana entiti itu boleh dikumpulkan, dikaitkan
dalam satu hirarki dan disubbahagi mengikut kesamaan dan kebezaan (Wikipedia).
Apa pula epistemologi?
Epistemologi (dari Greek ἐπιστήμη
(epistēmē), bermaksud "ilmu pengetahuan, pemahaman", dan λόγος
(logos), bermaksud "kajian mengenai (study of)") adalah cabang
falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabi’i (nature) dan skop (had-had) ilmu pengetahuan.
Ia menjawab pertanyaan soalan:
- Apakah dia ilmu pengetahuan?
- Bagaimana ilmu pengetahuan itu diperolehi?
- Setakat mana ia mungkin/tak mustahil untuk sabjek yang diberi atau entiti yang hendak diketahui?
Terma epistemologi telah
diperkenalkan oleh ahli falsafah Scotland James Frederick Ferrier (1808–1864)
(Wikipedia).
Kesimpulan
Tidak kira jika anda dibidang
mana sekalipun samada sains tulen, sains sosial atau sastera, ontologi dan
epistemologi boleh digunapakai untuk mendekati apa yang anda ingin capai dalam
usaha kajian anda memahami dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang anda.
Namun, ilmu falsafah dikatakan
telah dimulakan oleh Aristotle dan Plato dari bangsa yunani. Kemudiannya,
beberapa ilmuwan islam seperti al-Farabi, ibnu Sina, ibnu Rushd dan lain-lain
telah belajar mengenai ilmu falsafah ini dan cuba memberi fahaman mengenai ilmu
tauhid kepada bangsa eropah mengenai akidah islam secara ilmu metafizik. Ada juga
ulama-ulama islam zaman itu mengecam ilmuwan islam mempelajari dan menggunakan
ilmu falsafah yunani atau metafizik dalam ilmu islam. Perdebatan ini berterusan
kerana bagi saya ilmu falsafah mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Pada hari ini, kajian teologi
islam ada juga yang menggunakan ilmu logik metafizik (penyelidik bidang
usuluddin dan syariah boleh komen pasal perkara ini).
Selamat berfalsafah dalam kajian.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan