Sebelum anda memulakan kajian,
anda wajib dulu membaca literatur bidang anda dengan meluas. Ia akan memberi
anda kefahaman yang meluas mengenai sesuatu bidang tersebut dan juga disiplin
yang berkaitan, jika ada.
Sudah menjadi tradisi ilmu islam
sejak dulu lagi untuk merujuk tulisan-tulisan ulama muktabar sebagai rujukan
islam sebelum ulama-ulama menulis buku/syarahan/kitab/karya mereka. Ini adalah
supaya ilmu yang ditulis/sampaikan itu mengikut disiplin islam yang betul dan
benar seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para-para
sahabat salafussoleh, tabi’it tabi’in seterusnya. Dengan itu, hasil karya itu
akan menjadi sahih dan boleh dipercayai untuk diamalkan.
Dalam ilmu barat pun sehingga
hari ini memerlukan kita merujuk literatur yang betul sebagai rujukan supaya
kita tidak menyampaikan ilmu yang salah. Namun, dalam ilmu inovasi dan kreatif,
kita boleh mengusul pandangan atau cadangan logik dan rasional akal kita. Selagi
ia adalah logik, berfakta dan rasionalnya nampak baik maka ia boleh disokong
dan diamalkan. Ini berbeza dengan disiplin ilmu wahyu yang perlu ikut disiplin
ilmu islam yang benar dan betul supaya tidak tersalah tafsiran dan amalan dari
tradisi islam.
Apakah yang dimaksudkan dengan
semakan literatur dalam kajian PhD?
“Literatur” dalam semakan literatur
merujuk kepada koleksi bahan-bahan sesuatu topik. Ia terdiri daripada pamphlet kerajaan
hinggalah kepada artikel sarjana. Semakan literatur bukan bermaksud bahawa
pembaca mahukan anda memberi pandangan peribadi samada anda suka atau tidak
dengan sumber-sumber ini.
Adakah ia semakan literatur
ilmiah/akademik?
Fokus utama kertas kajian
akademik adalah untuk membina perbahasan (argument) baru. Dalam kertas
ini/tesis, anda menggunakan literatur sebagai tapak asas dan sokongan untuk pandangan/pemerhatian
(insight) baru yang anda hendak sumbangkan. Fokus semakan literatur ini adalah
untuk meringkaskan dan sintesis perbahasan dan idea orang lain tanpa
menambahkan sumbangan baru.
Bagi para sarjana, kedalaman dan
keluasan semakan literatur menekankan kebolehpercayaan (credibility) seorang
penulis dalam bidangnya. Semakan literatur juga menyediakan latarbelakang yang
kukuh untuk penyiasatan sesuatu kertas kajian. Ilmu pengetahuan yang menyeluruh
mengenai literatur bidang itu adalah penting kepada kebanyakan kertas kajian.
NB: Dalam menulis semakan literatur,
tujuan anda adalah untuk menyampaikan kepada pembaca mengenai apa ilmu
pengetahuan dan idea yang telah dibina dalam sesuatu topik, dan apakah
kekuatan/kelebihan dan kekurangan/kelemahan mereka. Sebagai satu hasil tulisan,
semakan literatur mestilah didefinisikan oleh konsep yang dipandu (seperti., objektif
kajian, masalah atau isu yang anda bincangkan atau tesis perbahasan anda). Ia bukanlah
hanya senarai penceritaan/gambaran tentang bahan yang ada, atau satu set
ringkasan.
TIP: Selain meluaskan ilmu
pengetahuan anda mengenai sesuatu topik, penulisan semakan literatur
membolehkan anda mendapat dan menunjukkan kemahiran dalam dua perkara:
- Pencarian maklumat: kebolehan untuk menyaring literatur dengan efisien, menggunakan kaedah manual atau berkomputer, untuk mengenalpasti satu set artikel dan buku yang berguna
- Semakan atau penilaian kritikal: kebolehan untuk mengaplikasi prinsip-prinsip menganalisis untuk mengenalpasti kajian-kajian yang tidak memihak (unbiased) dan sahih (valid).
Akhirnya, semakan literatur
mestilah mempunyai perkara-perkara ini:
- Menjadi tersusun disekitar dan berkait secara langsung kepada tesis atau soalan kajian yang anda sedang membina
- Sintesis hasil kajian kedalam ringkasan apa yang telah dan sedang tidak diketahui
- Kenalpasti perkara-perkara atau ruang yang kontroversi dalam literatur
- Membuat formula soalan-soalan yang memerlukan kajian selanjutnya
Oleh itu, usahlah ambil mudah
akan perkara mengenai semakan literatur dalam tesis anda. Ia akan memberi tajuk
kajian yang sesuai dan permulaan bagi pembinaan perbahasan lopong kajian di bab
1. Ia juga akan membantu mengaitkan kepada falsafah dan metodologi kajian serta
memudahkan anda membian rangkakerja kajian atau latarbelakang kajian serta
konteks kajian.
Selamat membaca dan menulis.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan