Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perisian. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

Endnote X5


Sebelum ini saya telah mencoret serba-sedikit kandungan Endnote X1 sebagai permulaan. Kali ini saya akan menceritakan tentang Endnote X5 dan apa pembaharuan dan penambahbaikan kepada X1.

NB: Sebenarnya semua aplikasi system atau perisian di bina untuk memudahkan para pengguna. Jika sistem/aplikasi itu susah, maka ia tak mencapai objektif sesuatu aplikasi/sistem untuk memudahkan kerja pengguna dan mesra pengguna yang kurang pengetahuan teknikal ICT.

Dibawah ini adalah antara kandungan manual Endnote X5. Hampir serupa saja dengan versi-versi sebelumnya.

  • Chapter 4 Entering a Reference . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
    • Manually insert a reference, and attach a file to the reference.
  • Chapter 5 Searching an Online Database . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
    • Use EndNote to search online databases and library catalogs. This feature requires that you have an Internet connection.
  • Chapter 6 Importing Reference Data into EndNote. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
    • Import a tagged text file of references downloaded from an online database.
  • Chapter 7 Searching an EndNote Library and Saving it as a Smart Group . . . . . .
    • Search for references, and create a smart group with the search strategy.
  • Chapter 8 Using EndNote While Writing a Paper with Microsoft Word . . . . . . . . .
    • Insert bibliographic citations in Microsoft Word, and have EndNote generate a bibliography for the paper.

OK. Saya tak ingin mengulangi apa yang telah saya coret dalam dua bahagian Endnote X1 sebelum ini. Walaubagaimanapun, dibawah ini saya kongsikan features dalam Endnote X5 yang baru yakni penambahbaikan dari versi-versi sebelumnya.

  • Tambah dan pindah lampiran fail ke Web
Dengan EndNote X5 anda boleh melampirkan fail ke rekod Web EndNote, atau memindah lampiran fail antara Web dan komputer anda. Apabila anda sudah daftar EndNote X5 dengan akaun Web EndNote anda, anda juga akan menerima sehingga 1GB storan Web untuk lampiran fail dan tambahan storan sehingga 25,000 rujukan. Pilih klipkertas yang baru atas rekod Web EndNote untuk melihat senarai lampiran—ia sangat mudah!

  • Lihat dan Annotate fail PDF
Tab Edit Cepat berkembang dalam EndNote X5 merangkumi pralihat fail PDF yang dilampirkan. Anda boleh meminda saiz kedua-dua tetingkap untuk memudahkan mengedit rekod sementara melihat PDF. Dan anda boleh annotate PDF dengan highlights dan/atau komen. Untuk rekod yang mempunyai beberapa lampiran bersama, viewer membenarkan anda untuk navigasi dengan cepat antara fail PDF tanpa perlu menggunakan menu atau skrol ke petak Lampiran Fail.

  • Kemaskini Rujukan Secara Otomatik
Ia sangat mudah untuk kemaskini rekod sediaada dalam EndNote X5. Hanya pilih satu rekod, dan pilih komand “Cari Kemaskini Rujukan”, dan EndNote mencari atas talian untuk data rujukan yang dikemaskini. Jika kemaskini dijumpai, EndNote akan highlight perbezaan dalam sebelah-menyebelah perbandingan antara rujukan baru dan sedia ada. Anda boleh memilih untuk kemaskini petak kosong sahaja, gantikan semua petak, atau salin dan tekap maklumat tertentu. Satu penjimatan masa yang besar apabila mencari nombor-nombor PMCID dan NIHMSID untuk rujukan sedia ada!

  • Pilihan Baru Cite Sambil Anda Menulis
Anda boleh jimat masa dengan conditional formatting yang baru yang menggantikan data untuk petak kosong secara otomatik. Contohnya, petak URL boleh dimasukkan untuk rekod tanpa DOI. Lihat pada pilihan “Petak Penggantian” yang baru dalam Editor Gaya Output. Gaya citation baru—Pengarang (Tahun)—boleh didapati dalam Microsoft Word bersama dengan lebih 5,000 gaya output yang baru dan dikemaskini.

  • Ciri-ciri baru yang lain:
-         Banding rujukan bertindih dengan cepat dengan auto-highlights dan skrol terkunci.
-         Guna jenis rujukan yang baru—Musik—dan petak-petak baru dalam jenis rujukan Artikel Jurnal—Nombor Artikel dan NIHMSID.
-         Kekalkan pautan-pautan ke fail PDF asal apabila mengimpot PDF untuk membuat rujukan-rujukan baru.

Tonton video paparan mengenai kandungan X5 di atas di pautan bawah ini:

Selamat berjaya.

~yba~



Structural Equation Modelling (SEM) - Pengenalan



Analisa statistik yang tengah panas sekarang ini adalah SEM. 

Kursus SEM asas di bengkel persidangan antarabangsa boleh menjangkau yuran sehingga RM1,050 / USD 350 (burung awal!) jika pelatihnya adalah dari amerika/eropah. Kadar biasa RM1,350 atau USD450. Pelajar diberi diskaun 10%. Jika pelatih dari Malaysia, yurannya mungkin sekitar RM700 untuk pengenalan dan asas-asas kepada SEM menggunakan PLS saja.

Apa dia SEM?

Structural equation modeling, or SEM = pendekatan umum kepada analisa data multivariate
-         Juga dikenali sebagai analisa struktur kovarian
-         Juga dikenali sebagai model penyebab (causal modelling)
-         Juga dikenali sebagai model LISREL

Dalam erti kata lain, SEM adalah sangat umum, linear, silang-seksyen teknik model statistik. Analisa faktor, analisa haluan (path) dan regresi semuanya adalah mewakili kes-kes istimewa SEM.

Tujuan SEM = mengkaji perhubungan kompleks antara variabel dimana sebahagian variabel boleh terdiri dari hipotetikal atau bukan dalam perhatian (unobserved).

SEM adalah sebahagian besarnya teknik mengesahkan (confirmatory), dan bukan penjelajahan. Iaitu, seorang pengkaji adalah lebih berkemungkinan menggunakan SEM untuk menentukan samada sesuatu model itu sah, daripada menggunakan SEM untuk "mencari" satu model yang sesuai—walaupun analisa-analisa SEM selalunya melibatkan elemen penjelajahan tertentu.

Pendekatan = SEM adalah berdasarkan model. Pengkaji mencuba satu atau lebih model yang bersaing – analitik SEM menunjukkan yang mana satu model sesuai (fit), dimana ada pertindihan, dan boleh menolong memilih (pinpoint) apa aspek model tertentu yang konflik dengan data.

Dalam SEM, minat selalunya focus keatas konstruk laten—variabel psikologi abstrak seperti "kepandaian" atau "perangai terhadap jenama"—daripada keatas variabel yang di zahirkan untuk mengukut konstuk-konstruk ini. Pengukuran dianggap sebagai susah dan mudah buat salah. Dengan membuat model yang terang mengenai kesalahan pengukuran, pengguna SEM cuba untuk mengeluarkan (derive) anggaran tak berpihak untuk hubungan antara konstruk laten. Hingga ini, SEM membenarkan pengukur berbilang (multiple) untuk di asosiasikan dengan konstruk laten bujang (single).

SEM membayangkan satu struktur matriks kovarian pengukur-pengukur (dari situ ia adalah nama alternative untuk bidang ini, "analisa struktur kovarian"). Apabila parameter model telah dianggarkan, hasil model-bayangan matriks kovarian kemudiannya boleh dibandingkan dengan empirikal atau matriks kovarian bersandarkan data. Jika kedua-dua matriks adalah sejajar/selaras antara satu sama lain, kemudian SEM boleh dianggap sebagai satu penerangan yang munasabah (plausible) untuk hubungan-hubungan antara pengukur-pengukur.

Kesusahan = perisian SEM yang moden adalah mudah digunakan. Pengkaji yang bukan ahli statistik sekarang pun boleh selesaikan anggaran dan menguji masalah-masalah yang mana pada satu ketika dulu memerlukan perkhidmatan beberapa pakar pengkhusus (specialists).

Berbanding dengan regresi dan analisa faktor, SEM adalah bidang yang agak baru, mempunyai asal-usul dari kertas kerja yang muncul hanya pada sekitar lewat tahun 1960an. Oleh sebab itu, metodologi ini masih berkembang, dan juga konsep asas (fundamental) masih subjek kepada cabaran dan revisi. Perubahan ketara ini adalah sumber keseronokan kepada sebahagian pengkaji dan juga sumber kekecewaan kepada yang lain.

Dalam entri akan dating, saya akan bincang lebih lanjut mengenai SEM ini dan aplikasinya.

Selamat berjaya.

~yba~






Isnin, 23 April 2012

Analisa Statistik - SPSS


Lima-enam dan mungkin sepuluh tahun lepas, SPSS saja sudah tak mencukupi bagi PhD di KICT. Rakan-rakan dan pelajar-pelajar PhD di UIAM sibuk mencari analisa statistik baru seperti SEM, Lisrel, PLS, Hierarchical Linear Modeling dan lain-lain. Pelajar kewangan ada juga menggunakan STATA (tak berkait dengan SPSS). Namun begitu, prasyarat untuk semua analisa itu memerlukan pengetahuan asas SPSS.

Di sini saya ingin memberi gambaran tentang SPSS dari buku Julie Pallant dan sumber-sumber lain. Apa dia SPSS?

Analisa data adalah hanya salah satu bahagian dalam proses kajian. Sebelum anda boleh menggunakan SPSS untuk menganalisa data anda, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelumnya. Pertama, anda perlu mereka kajian anda dan pilih instrumen pengumpulan data yang sesuai. Setelah anda melakukan kajian anda, data yang dikumpul perlu disediakan untuk dimasukkan kedalam SPSS (menggunakan sesuatu yang dipanggil ‘buku kod’). Untuk memasukkan data kedalam SPSS, anda mesti memahami bagaimana SPSS berfungsi dan bagaimana untuk bercakap dengannya secara sepatutnya.

Bab 1 menyediakan beberapa tip dan cadangan untuk menyediakan kajian anda, dengan tujuan untuk mendapatkan data yang berkualiti baik.
Bab 2 meliputi penyediaan buku kod untuk menterjemah maklumat yang diperolehi  daripada kajian anda kedalam format yang sesuai untuk SPSS.
Bab 3 membawa anda kedalam SPSS dan sebahagian skil yang perlu anda juga dibincang disitu.

Saya andaikan anda sudah ada asas statistik untuk bahagian 3 dan akan membincangkan serba sedikit bahagian 4 – 5 di bawah.  

PART THREE Preliminary analyses
6 Descriptive statistics
7 Using graphs to describe and explore the data
8 Manipulating the data
9 Checking the reliability of a scale
10 Choosing the right statistic

PART FOUR Statistical techniques to explore relationships among variables
11 Correlation
12 Partial correlation
13 Multiple regression
14 Logistic regression
15 Factor analysis

PART FIVE Statistical techniques to compare groups
16 T-tests
17 One-way analysis of variance (ANOVA)
18 Two-way between-groups ANOVA
19 Mixed between-within subjects analysis of variance
20 Multivariate analysis of variance (MANOVA)
21 Analysis of covariance (ANCOVA)
22 Non-parametric statistics

Bahagian 4
Dari model kajian, bahagian 4 ini akan menolong anda mengesan dan menceritakan perhubungan antara variabel. Teknik korelasi selalu digunakan oleh pengkaji yang terlibat dalam kajian berbentuk bukan eksperimen. Bukan seperti kajian eksperimen, variabel tak dimanipulasi dengan sengaja atau dikawal yakni variabel diceritakan seperti ia wujud secara tabii.

Terdapat beberapa teknik dalam SPSS untuk jelajah perhubungan. Ia berbeza bergantung kepada jenis soalan kajian yang hendak dijawab dan juga jenis data yang ada. Kebiasaannya bagi pengkaji sains sosial menggunakan korelasi, regresi bivariate, regresi multiple dan analisa faktor untuk menguji model dan teori, menganggar hasil (predict outcomes) dan menilai kebolehpercayaan dan kesahihan skala.

NB: Ada beberapa andaian yang biasa dalam semua teknik dalam Bab 4. Antaranya, tahap pengukuran, pairs berkait, pemerhatian yang berdikari, normaliti, lineariti, dan homoscedasticiti.

Dalam entri ringkas ini tak dapatlah untuk menceritakan setiap teknik dengan panjang lebar.

Bahagian 5
Dalam bahagian ini, pelajar akan menjelajahi teknik-teknik dalam SPSS untuk menilai perbezaan antara kumpulan atau kondisi. Teknik yang digunakan agak kompleks kerana ia mengambil banyak teori terlindung (underlying) dan prinsip statistik. Dinasihatkan anda mempunyai sekurang-kurangnya pemahaman asas tentang prinsip statistik yang anda ingin gunakan.

Ada banyak teknik statistik dalam SPSS untuk menguji perbezaan signifikan antara kumpulan. Antaranya adalah:
  • Independent-samples t-test
  • Paired-samples t-test
  • One-way analysis of variance (between groups)
  • One-way analysis of variance (repeated measures)
  • Two-way analysis of variance (between groups)
  • Mixed between-within groups analysis of variance
  • Multivariate analysis of variance (MANOVA)
  • One-way, and two-way analysis of covariance (ANCOVA), and
  • Non-parametric techniques

Penggunaan teknik statistik banyak bergantung kepada jenis soalan kajian anda, jenis data yang ada dan jumlah variabel dan kumpulan yang ada. Antara point utama untuk diingat semasa memilih teknik yang sesuai dengan kajian anda adalah:
  
  • T-tests digunakan apabila anda ada hanya dua kumpulan.
  • Teknik analisa variance digunakan apabila anda ada dua atau lebih kumpulan.
  • Teknik paired-samples atau repeated-measures digunakan apabila anda menguji orang yang sama pada lebih satu masa atau anda mempunyai matched pairs.
  • Teknik antara-kumpulan atau sampel-berdikari digunakan apabila subjek dalam setiap kumpulan adalah orang yang berlainan (atau berdikari).
  • Analisa varian sehala digunakan apabila anda mempunyai hanya satu variabel berdikari.
  • Analisa varian dua-hala digunakan apabila anda mempunyai dua variabel berdikari.
  • Analisa varian multivariate digunakan apabila anda mempunyai lebih dari satu variabel bergantung. Dan
  • Analisa kovarian (ANCOVA) digunakan apabila anda perlu mengawal variabel tambahan yang mungkin akan mempengaruhi perhubungan antara variabel bergantung dan berdikari anda.

Seperti bahagian 4, di sini juga ada andaian yang perlu anda ketahui. Antaranya: tahap pengukuran, sampel rawak, pemerhatian berdikari, pembahagian (distribution) normal dan varian yang homogene.
    
Di samping itu anda juga perlu beri perhatian kepada kesalahan seperti Jenis 1 dan 2 dan kuasa. Anda juga boleh lakukan perbandingan terancang/analisa post-hoc. Akhirnya, ketahuilah saiz kesan (atau ‘kekuatan asosiasi’) yang boleh menilai kepentingan penemuan anda. Ia adalah satu set statistik yang menunjukkan magnitud relatif perbezaan antara purata (means). Antara ‘saiz kesan’ yang biasa adalah eta squared, Cohen d dan Cohen f.  

Sekian untuk kali ini.

Selamat mencuba dan Berjaya.

~yba~






Ahad, 22 April 2012

ATLAS.ti 6 dan 7 (lebih baik dari NVivo?)


Ramai juga yang tanya pasal Atlas.ti disamping NVivo dan perisian analisa kualitatif. NB: Tahap analisa kualitatif berbeza mengikut kaedah analisis seperti Grounded theory, content analysis, hermeneutics dan lain-lain. Pastikan anda tahu apa yang anda hendak analisa. OK?

Komen dari seorang penyelidik yang menggunakan Atlas.ti dalam analisa grounded theory:
“ATLAS.ti adalah satu alat perisian kualitatif yang berkuasa keatas kedua-dua tahap teks dan konsep.”
“Visualisasi mengenai peta konsep memberitahu penganalisaan data dan rumusan.”
“Peta konsep membantu untuk:
-         membuat rangka atau membina model untuk sebuah projek kajian.
-         mengurangkan data.
-         analisa tema dan hubungan antara kod-kod. Dan
-         bentang hasil penemuan kajian” (Daley, 2004).

Komen dari seorang lagi penyelidik tentang Atlas.ti:
“ATLAS.ti menolong mengurus dokumen kita semasa semakan literarur.”
“ATLAS.ti menolong mengurus bilangan data yang amat banyak dan mempercepatkan proses “masuk akal” (making
sense) mengenai data dalam fasa analisa data.”
“Dengan kemudahan yang mesra pengguna, ATLAS.ti banyak mengurangkan tekanan (stress) dalam kajian dan akhirnya dapat mempercepatkan proses kajian.”

Apa dia Atlas.ti 6? Di bawah ini dipaparkan kandungan perisian Atlas.ti 6. Versi 7 akan keluar tak lama lagi dan sudah tentu aka nada pembaharuan dan penambahbaikan.

-         Interface
-         Data Management
-         Organization and Usability
-         Coding
-         Memos and Comments
-         Hyperlinking
-         Visualization
-         Working with Variables
-         Searching and Data Retrieval
-         Text Searching
-         Searches and Filters
-         Query Tool
-         Co-Occurence Explorer
-         Quantification
-         Transcription
-         Geo data
-         Survey Import
-         Teamwork / Project Management
-         Output Types and Formats

Jika dilihat dari kandungan Atlas.ti di atas, nampaknya ia pun saingan kuat kepada NVivo. Namun ada sedikit perbezaan dari terma-terma dan kelebihan GUI dan mesra-pengguna serta kaedah analisa kualitatif yang dipilih.

Weitzman (2000) mencadangakna 6 kunci utama pemilihan perisian:
-         Apakah tahap/jenis pengguna komputer diri anda?
-         Adakah anda memilih untuk satu projek atau untuk beberapa tahun akan datang?
-         Apakah jenis projek dan pangkalan data yang akan saya gunakan?
-         Apakah jenis analisa yang saya rancang akan buat?
-         Bagaimana pentingnya kepada anda untuk menetapkan deria (sense) “kedekatan” (“closeness”) kepada data anda?
-         Apakah kekangan kewangan anda semasa membeli perisian dan perkakas yang perlu untuk menjalankan mereka?

Ezzy (2002) memberi peringatan apabila membuat pilihan CAQDAS:
-         ‘analisa data kualitatif tak boleh dibuat oleh komputer. Perisian CAQDA hanya memudahcara penganalisaan’ (p.111).
-         Kaedah kajian yang di gunakan untuk sesuatu kajian.
-         Jenis data yang dikumpul semasa kerja lapangan.

Tepuk dada tanya ilmu yang anda ada mengenai kajian dan pilihlah yang mana satu “buah hati” anda untuk sepanjang jalan PhD…

Selamat berjaya.

~yba~





Sabtu, 21 April 2012

NVivo 9 - Pengenalan


Apa yang hebat sangat dengan NVivo ini?

NVivo 9 adalah satu perisian yang dapat membantu anda bekerja dengan maklumat tak berstruktur seperti dokumen, survey, audio, video dan gambar – supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik akhirnya. Biar apa saja bahan-bahan, apa saja bidang, apa saja pendekatan kajian anda, NVivo menyediakan ruangkerja untuk membantu anda pada setiap peringkat projek.

Ciri-ciri NVivo 9
  •  Impot dan kerja dengan dokumen, PDFs, spreadsheets, audio, video dan gambar.
  • Memberi lebih masa untuk analisa data dan penemuan. NVivo membiarkan anda menyusun dan klasifikasi data dengan cepat.
  • Bekerja secara sistematik dan memastikan anda tidak tertinggal sebarang data anda.
  • Membuka perhubungan halus dengan cara yang ringkasnya mustahil secara manual melalui pertanyaan.
  • Menoleh belakang dan menambah fikrah dan idea anda kepada penganalisaan.
  • Justifikasi secara rigorous tentang hasil kajian anda dengan bukti. NVivo membantu anda menghubungkan hasil kajian kembali kepada data asal yang menyokongnya.
  • Mengantara-tukar data dengan mudah dengan aplikasi seperti Microsoft Excel, Word, IBM SPSS Statistics dan EndNote.
  • Mudah bekerja dengan bahan dalam bahasa anda sendiri.
  • Mengongsi kerja anda dengan rakan-rakan dengan mudah sekali.

Apa yang baru dalam NVivo 9

  • Akses sumber-sumber pembelajaran baru
  • Nikmati pembolehgunaan yang dipertingkatkan
  • Lebih banyak versi bahasa, lebih pilihan
  • Susun dan urus data dengan mudah
  • Bekerja dengan spreadsheets dan pangkalan data
  • Penggunaan PDF yang ditambahbaiki dengan signifikan (NVivo 9.1 ke atas)
  • Bekerja dengan semakan literatur dan bibliografi
  • Biar fungsi “finds” berevolusi dengan projek anda
  • Jelajah data anda secara otomatik
  • Lihat susunan(patterns) dan perhubungan(connections) dalam data
  • Nikmati bantuan untuk metodologi yang lebih banyak
  • Ubahantara(Interchange) dan kongsi data anda
  • Kerjapasukan tulen dengan NVivo Server 9
Tontoni video-video dibawah untuk tutorial ringkas mengenai NVivo 9

1.    Tutorial 1 – Sediakan dan jalankan NVivo 9
Demonstrasi NVivo menggunakan projek contoh berkisar tentang perubahan keadaan sekeliling (environment).

2.    Tutorial 2 – Apa yang baru dalam NVivo 9
Menggunakan perisian NVivo 8 sediaada? Belajar mengenai paparan baru NVivo 9 dan bagaimana ia boleh membantu anda.

3.    Tutorial 3 – Bekerja dengan hasil soalselidik survey
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan tindakbalas survey, atau maklumat apa saja dalam spreadsheets dan jadual pangkalan data.

4.    Tutorial 4 – Bekerja dengan audio, video dan imej
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan rakaman audio, paparanvideo dan foto digital.

5.    Tutorial 5 – Bekerja dengan temuduga, artikel dan dokumen lain
Belajar cara untuk mengimpot dan bekerja dengan dokumen Word, PDFs dan data bibliografi dalam NVivo 9.

6.    Tutorial 6 – Susun bahan kedalam tema dengan pengkodan
Belajar cara menggunakan NVivo untuk menyusun bahan anda kedalam tema-tema. Anda juga akan lihat bagaimana pengkodan boleh menolong jelajahi dan visualisasi bahan anda.

7.    Tutorial 7 – Bekerja dengan maklumat mengenai orang, tempat dan kes-kes lain
Belajar cara menggunakan NVivo untuk merekod dan bekerja dengan maklumat mengenai entity atau kes dalam projek seperti orang, tempat dan organisasi.

8.    Tutorial 8 – Jelajah pengkodan anda 
Belajar cara menggunakan pertanyaan pengkodan dalam NVivo untuk menguji idea dan jelajah bahan anda.

9.    Tutorial 9 – Cari tema dan analisa teks           
Belajar cara menggunakan kemudahan analisa teks NVivo untuk menolong anda mengenali tema dan jelajah penggunaan bahasa dalam projek.

selamat mencuba.

~yba~

Jumaat, 20 April 2012

Endnote X1 – Bahagian 2


Apa ada dalam Endnote X1?
-         Permulaan
-         Bekerja dengan rujukan
-         Mengimpot rujukan
-         Bekerja dengan perpustakaan Endnote
-         Menggunakan Endnote dengan MS Word
-         Penyimpanan perpustakaan Endnote

Dalam Bahagian 1, saya mencoret sehingga mengimpot rujukan. Bahagian 2 ini akan diteruskan sehingga habis silibus Endnote X1. Bahagian 3 akan menyentuh Endnote X5 dan apakah penambahbaikan/perbezaan daripada versi-versi terdahulu iaitu X1 - X4.

Seksyen 4 – Bekerja dengan perpustakaan Endnote

-         Menyusun urutan rujukan
Dengan mudahnya anda dapat menyusun atur rujukan dengan memilih mana-mana kepala kolum dalam senarai rujukan.

-         Mencari rujukan dalam perpustakaan Endnote
Fungsi ini terdapat dalam perpustakaan rujukan. Anda hanya perlu membuka menu Rujukan dan kemudian memilih Mencari Rujukan.

-         Pencarian tahap maju
Di sini anda dapat memilih Pilihan yang lebih seperti menyamakan perkataan, huruf dan abjad (case) dan kriteria yang lain.

-         Mencetak keputusan carian
Buka menu Fail dan pilih Lihat Cetakan dan kemudian Cetak.

 
-         Memeriksa jika ada rujukan bertindih
Endnote akan menanda terang (highlight) jika ada rujukan-rujukan bertindih.

*       Anda juga boleh memadam rujukan bertindih, memilih gaya output dan mengubah kesesuaian output.

Seksyen 5 – Menggunakan Endnote dengan MS Word

-         ‘Cite’ sambil menulis
Penghubungan antara Endnote dan MS Word membolehkan anda ‘cite’ terus kedalam MS Word. Ada 2 cara: i) Melalui menu Tools dalam MS Word; dan ii) melalui Toolbar Endnote yang terdapat dalam MS Word.

o   Anda juga boleh memasukkan Gambarajah dalam MS Word dari Endnote

-         Membina Bibliografi berdikari
Selain bibliografi yang terdapat dalam Endnote, anda juga boleh membina Biblio asing untuk pelbagai tujuan lain. Mudah saja. Anda boleh pilih samada secara manual atau membuat pencarian.

-         Menggunakan templat manuskrip
Pelbagai format templat disediakan untuk kemudahan anda menghantar kertas kerja dan rujukan ke mana-mana persidangan, jurnal atau penerbitan lain.

Seksyen 6 – Membuat salinan (back up)
Selalulah membuat salinan fail anda dengan sekerap mungkin untuk mengelak dari kejadian yang tak diingini.

Sekian. Selamat mencuba.

~yba~