Ramai juga yang tanya pasal
Atlas.ti disamping NVivo dan perisian analisa kualitatif. NB: Tahap analisa
kualitatif berbeza mengikut kaedah analisis seperti Grounded theory, content
analysis, hermeneutics dan lain-lain. Pastikan anda tahu apa yang anda hendak
analisa. OK?
Komen dari seorang penyelidik
yang menggunakan Atlas.ti dalam analisa grounded theory:
“ATLAS.ti adalah satu alat
perisian kualitatif yang berkuasa keatas kedua-dua tahap teks dan konsep.”
“Visualisasi mengenai peta konsep
memberitahu penganalisaan data dan rumusan.”
“Peta konsep membantu untuk:
-
membuat rangka atau membina model
untuk sebuah projek kajian.
-
mengurangkan data.
-
analisa tema dan hubungan antara
kod-kod. Dan
-
bentang hasil penemuan kajian”
(Daley, 2004).
Komen dari seorang lagi
penyelidik tentang Atlas.ti:
“ATLAS.ti menolong mengurus
dokumen kita semasa semakan literarur.”
“ATLAS.ti menolong mengurus
bilangan data yang amat banyak dan mempercepatkan proses “masuk akal” (making
sense) mengenai data dalam fasa
analisa data.”
“Dengan kemudahan yang mesra
pengguna, ATLAS.ti banyak mengurangkan tekanan (stress) dalam kajian dan
akhirnya dapat mempercepatkan proses kajian.”
Apa dia Atlas.ti 6? Di bawah ini dipaparkan
kandungan perisian Atlas.ti 6. Versi 7 akan keluar tak lama lagi dan sudah
tentu aka nada pembaharuan dan penambahbaikan.
-
Interface
-
Data Management
-
Organization and Usability
-
Coding
-
Memos and Comments
-
Hyperlinking
-
Visualization
-
Working with Variables
-
Searching and Data Retrieval
-
Text Searching
-
Searches and Filters
-
Query Tool
-
Co-Occurence Explorer
-
Quantification
-
Transcription
-
Geo data
-
Survey Import
-
Teamwork / Project Management
-
Output Types and Formats
Jika dilihat dari kandungan Atlas.ti
di atas, nampaknya ia pun saingan kuat kepada NVivo. Namun ada sedikit
perbezaan dari terma-terma dan kelebihan GUI dan mesra-pengguna serta kaedah
analisa kualitatif yang dipilih.
Weitzman (2000) mencadangakna 6 kunci
utama pemilihan perisian:
-
Apakah tahap/jenis pengguna komputer
diri anda?
-
Adakah anda memilih untuk satu
projek atau untuk beberapa tahun akan datang?
-
Apakah jenis projek dan pangkalan
data yang akan saya gunakan?
-
Apakah jenis analisa yang saya
rancang akan buat?
-
Bagaimana pentingnya kepada anda
untuk menetapkan deria (sense) “kedekatan” (“closeness”) kepada data anda?
-
Apakah kekangan kewangan anda
semasa membeli perisian dan perkakas yang perlu untuk menjalankan mereka?
Ezzy (2002) memberi peringatan
apabila membuat pilihan CAQDAS:
-
‘analisa data kualitatif tak
boleh dibuat oleh komputer. Perisian CAQDA hanya memudahcara penganalisaan’
(p.111).
-
Kaedah kajian yang di gunakan
untuk sesuatu kajian.
-
Jenis data yang dikumpul semasa
kerja lapangan.
Tepuk dada tanya ilmu yang anda ada
mengenai kajian dan pilihlah yang mana satu “buah hati” anda untuk sepanjang
jalan PhD…
Selamat berjaya.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan