Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Khamis, 26 April 2012

Asas kajian kualitatif


Lazimnya pelajar baru sarjana/PhD penyelidikan tertanya-tanya samada kaedah kuantitatif atau kualitatif yang patut mereka guna untuk kajian mereka. Yang hebatnya, ada sebahagian pelajar, termasuk rakan-rakan saya dulu, yang begitu yakin mereka akan buat kuantitatif dan meletak mereka di posisi positivis.

Dalam kelas kaedah kajian, tak semua pensyarah menyelami dengan mendalam kaedah kuantitatif dan kualitatif. Apatah lagi yang menceritakan tentang ontology dan epistemologi.

Baiklah. Apakah dia kajian kualitatif?

Silverman (2006) menyatakan bahawa
  • Pertama, ‘kajian kualitatif’ meliputi rangka yang luas pelbagai, malah berkonflik, aktiviti-aktiviti.
  • Kedua, jika deskripsi digunakan hanya sebagai sesuatu epithet negatif (menyatakan apa yang kita tidak, yakni, bukan kunatitatif),

kemudian saya tak begitu jelas bagaimana bergunakah ia.

Peter Grahame menulis: 
pandangan bahawa kajian kualitiatif adalah bukan-kualitiatif itu betul tapi kurang bermaklumat: kita perlukan lebih daripada definisi negatif. (1999: 4)

Dalam ertikata kedua ini, ‘kajian kualitatif’ nampaknya menjanjikan yang kita akan mengelak atau menegurangkan/merendahkan teknik statistik dan mekanik jenis-jenis kaedah kuantitatif yang digunakan dalam, katakan, kajian survey atau epidemiologi. Bagaimanapun, kebahayaan dalam terma itu adalah  ia menampakkan untuk mengandaikan pemihakan tetap atau penilaian pra-definisi tentang apakah dia kajian ‘baik’ (yakni kualitatif) dan ‘buruk’ (yakni kuantitatif). Sebenarnya, pilihan antara kaedah kajian yang berbeza patut bergantung kepada apa yang anda cuba untuk mencari/menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, jika anda ingin mencari bagaimana manusia berhasrat untuk mengundi, kemudian, kaedah kuantitatif, seperti survey sosial adalah nampak pilihan yang lebih sesuai. Sebaliknya, jika anda berhasrat untuk menjelajahi sejarah hidup manusia atau perangai harian manusia, kemudian, kaedah kuantitatif mungkin lebih disukai/sesuai.

Dalam ertikata lain, kajian kualitatif adalah satu jenis kajian saintifik. Dalam terma umumnya, kajian saintifik mengandungi penyiasatan yang:
• mencari jawapan-jawapan kepada satu soalan;
• menggunakan pra-definisi set prosedur secara sistematik untuk menjawab soalan;
• mengumpul bahan bukti
• mengeluarkan hasil penemuan yang tidak ditentukan pada awalnya;
• mengeluarkan hasil penemuan yang boleh digunapakai menjangkaui had kawasan (boundaries) terdekat sesebuah kajian.

Kajian kualitatif berkongsi ciri-ciri diatas. Tambahan lagi, ia cuba untuk memahami masalah kajian yang diberi atau topic daripada perspektif populasi tempatan yang ia terlibat sama. Kajian kualitatif adalah sangat efektif dalam mendapatkan maklumat spesifik berkaitan budaya yaitu mengenai nilai-nilai, pendapat, perangai dan konteks sosial tentang populasi tertentu.

Kaedah pengumpulan data

Antara tiga kaedah yang utama adalah:
• Pemerhatian peserta – ia adalah sesuai untuk mengumpul data mengenai perangai/kelakuan yang berlaku secara natural dalam konteks kebiasaan mereka.
• Temuramah mendalam – ia adalah optimal untuk mengumpul data seperti sejarah peribadi individu, perspektif dan pengalaman, terutamanya apabila topic sensitif sedang diselidiki/jelajahi.
• Kumpulan focus – ia adalah efektif dalam mengumpul data mengenai norma-norma budaya sesuatu kumpulan dan dalam mengumpul pandangan luas sesuatu isu kepada kumpulan budaya atau subkumpulan yang diwakili.

NB: Setiap kaedah adalah terutamanya sesuai untuk mengumpul jenis data yang tertentu.



Etika dalam kajian kualitatif

Oleh kerana kajian kualitatif banyak melibatkan orang lain dan organisasi, sudah tentunya ia melibatkan prosedur, tuturcara, budaya yang tertentu bagi setiap orang dan organisasi. Kesan sesuatu kajian, soalan, pemerhatian, tindak tanduk pengkaji boleh secara langsung dan/atau tidak langsung mengakibatkan sesuatu ketidakpuasan, kerugian, kebocoran, gangguan hidup dan apa saja kesan negative yang bakal timbul atau terhasil kepada responden.

Oleh sebab itu, adalah tanggungjawab setiap pengkaji untuk memohon dan berunding dengan bakal responden tentang apa saja perkara yang perlu dipersetujui dan diperhatikan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kajian diadakan.

Selamat berjaya.

~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan