Pelajar sarjana dan PhD yang
menjadi penolong pengkaji pernah menghadapi sistuasi: Ahhhh penyelidik utama
suruh tulis satu kertas kerja untuk hantar ke jurnal. Jurnal? Jurnal apa?
Dimana? Bagaimana hendak tulis? Apa formatnya? Susah kah? Banyak helaikah?
Banyaknya soalan difikirkan oleh penulis junior yang tak berpengalaman buat
kali pertama ini………….
Sejujurnya, bagi sesiapa yang
baru hendak mengenali penulisan jurnal, ia amatlah merunsingkan. Namun, tidaklah
sampai tahap kritikal hingga demam dan panik. Panik? Ah…mungkin ada sikit bagi
sesetengah orang. Tapi, jika anda mampu mengambil kursus sarjana dan PhD, sudah
tentu anda mampu mengharungi penulisan jurnal juga. Kan?
Lazimnya, banyak rungutan
mengenai penulisan artikel kajian adalah bahawa ia sesuatu yang merumitkan, dan
penulis tak pasti apa sepatutnya dimasukkan dan bagaimana ia patut disampaikan.
Berita baik adalah bahawa jurnal
sains, teknologi dan kejuruteraan mengikut format-format tertentu yang telah
ditetapkan. Format itu mengandungi pengenalan termasuk pernyataan masalah,
semakan literatur, outline umum kertas kerja , seksyen kaedah memperincikan
kaedah yang digunakan, hasil kajian samada diasingkan atau digabungkan,
perbincangan dan seksyen aplikasi, ringkasan akhir dan seksyen penutup.

Struktur kebanyakan format
artikel kajian jurnal:
1. Abstrak
2. Pengenalan
3. Kaedah
kajian/metodologi/rekaan kajian
4. Hasil penemuan
5. Perbincangan
6. Ringkasan dan Penutup
7. Penghargaan (pilihan)
8. Rujukan
Akhir kata, rujuk jurnal tertentu
yang anda ingin hantar artikel anda dan lihat syarat-syarat mereka. Format juga
disediakan. Maklumat-maklumat lain juga diberi. Anda Cuma perlu mengisi
maklumat kajian anda dalam format tersebut dengan kualiti yang tinggi supaya
dapat mengatasi orang lain merebut tempat kosong dalam jurnal itu.
Selamat berjaya.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan