Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Sabtu, 21 April 2012

Penulisan Tesis dan disertasi


Anda mesti minat menulis…

Suka atau tidak, dengan mengambil sarjana dan doktor falsafah, anda sedang dalam proses menjadi seorang sarjana yang bakal menyumbang ilmu kepada agama, bangsa dan negara serta ummah dan dunia keseluruhan.

Disertasi sarjana dan tesis doktor falsafah adalah syarat untuk anda diperiksa dalam viva anda. Ia adalah satu proses yang panjang bagi pelajar PhD, antara 3-4 tahun untuk pelajar sepenuh masa. Namun, ia berbeza intensity mengikut aliran anda samada bidang sains tulen, sains sosial dan sastera. Di sini saya senaraikan beberapa tips atau pengalaman saya dan juga dari pelajar-pelajar PhD yang pernah saya kenali dan berjumpa dan juga dari Dr dan profesor yang memberi pembentangan dan bengkel-bengkel penulisan tesis dan disertasi:

  • Sudah semestinya anda perlu bermula dari awal. Seawal yang boleh. Dari kertas cadangan anda, tukarkan ia ke dalam bentuk tesis.
  • Pada semester 1, kebiasaannya pelajar akan mengambil kursus kaedah-kaedah kajian, semakan literarur, teknik analisa, perisian-perisian yang akan membantu anda dan lain-lain. Kumpulkan apa yang anda pelajari dan baca pada masa ini dan ringkaskan kedalam bentuk point.
  • Semakin anda yakin pada semester 2, kembangkan point-point tersebut dalam beberapa perenggan. Ini sangat penting untuk bab 1 yang menunjukkan ringkasan halatuju kajian anda.
  • Literatur amat penting untuk bab 1 dan 2. Utamakan sumber-sumber jurnal berwasit terkini dan buku-buku serta kertas pembentangan di persidangan-persidangan yang taraf baik dalam bidang anda. Penulisan literatur adalah berterusan dari semester 1 hingga 6 atau 8 iaitu sebelum anda menghantar tesis untuk viva.
  • Selepas bab 1-2 mula nampak halatuju, anda teruslah dengan rangkakerja teori dan metodologi/pembinaan kajian untuk bab 3-4. Ini perlu bermula dan merujuk bab 1-2 anda. Dalam bab 4, anda perlu merancang pengumpulan data dan analisanya. Ini kebiasaannya mengambil masa. Jadi, bahagi dan rancang masa anda dengan baik. Walaupun ada jadual, kebiasaannya ia akan terlambat sedikit dan tidak mustahil anda dapat menyiapkannya awal dari jadual jika anda bertungkus-lumus.
  • Jika urusan anda dengan penyelia berjalan lancar, bab 1-4 akan menjadi mudah.
  • Selepas mengumpul data dan analisa, anda perlu fikir dulu apa yang hendak dimasukkan ke dalam tesis anda untuk menjawab soalan-soalan kajian anda. Perancangan yang baik akan menjadikan tesis anda lebih mantap.
  • Selalulah bawa pen dan buku nota serta ipad, notebook dll bersama anda sepanjang masa kerana mereka sangat membantu anda untuk tidak melupakan idea dan juga mengelakkan anda dari membuang masa semasa menunggu bas, kuliah, penyelia, makan dll.
  • Bagi ramai pelajar, urusan PhD adalah 24/7/356 dan taka da istilah rehat atau berhenti kecuali untuk perkara-perkara asasi seperti makan, solat, urusan pembersihan diri, masa bersama keluarga dan hiburan wajib. Anda mesti gunakan setiap masa yang ada untuk berfikir tentang kajian anda.
  • Faktor usia, pengalaman kerja dan kajian sangat membantu dalam penulisan tesis anda.
  • Belajarlah penulisan akademik dan frasa akademik serta bahasa inggeris dan Malaysia yang tinggi.
  • Carilah rakan atau kenalan samada bidang anda atau tidak untuk membaca tesis anda sebagai orang biasa dan ahli bidang tersebut dan dapatkan komen-komen untuk anda perbaiki tesis anda. Jangan andaikan bahawa anda telah menulis tesis dengan baik kerana setiap orang akan membaca dari perspektif berbeza.
  • Akhir kalam, proofread dan edit tesis anda supaya anda memberi kualiti yang baik dan sejajar dengan kesarjanaan anda.

Selamat menulis.

~yba~ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan