Tesis PhD kebanyakannya ditulis
dalam bahasa inggeris atau malaysia. Di UK, US, NZ dan Australia sudah tentu ia
ditulis dalam bahasa inggeris kerana ia adalah bahasa ibunda negara-negara
tersebut dan juga bahasa sarjana antarabangsa pada masa ini. Tak dinafikan
bahawa ramai rakyat Malaysia mempunyai kompetensi dalam bahasa inggeris
penulisan dan percakapan. Namun, ramai juga yang kurang berkeyakinan dengan
penguasaan bahasa inggeris mereka terutama apabila menulis bahasa akademik
tinggi untuk tesis, kertas kajian dan jurnal serta buku. Di sinilah,
proofreading memainkan peranannya.
Kenapa proofreading? Bahan kandungan
lebih penting, bukan?
Ya. Bahan kandungan adalah
penting. Tetapi suka atau tidak, cara persembahan sesebuah kertas kajian,
tesis, buku dan jurnal mempengaruhi pembaca untuk menilai kualiti. Apabila anda
telah berusaha keras untuk membina dan membentangkan idea anda, sudah tentu
anda tak mahu kesalahan kecil disebabkan oleh kecuaian mengganggu pembaca anda
daripada apa yang hendak anda sampaikan. Ia sangat berbaloi jika anda memberi
sedikit tumpuan kepada hal-hal terperinci yang dapat membantu anda menarik hati
pembaca anda.
Kebanyakan orang memperuntukkan
hanya beberapa minit untuk proofreading dengan harapan dapat mencari kesalahan
menonjol yang timbul dari muka surat tertentu. Tetapi pembacaan pantas dan ‘cursory’,
terutamanya selepas anda menghabiskan terlalu banyak/lama dan keringat kepada
kertas kerja/tesis tersebut, kebiasaannya anda akan terlepas pandang banyak
kesalahan samada kecil atau besar. Adalah sangat baik jika anda mempunyai
rancangan tetap yang dapat membantu anda mencari dengan sistematik setiap
kesalahan secara spesifik.
Sudah pasti, ini akan mengambil
banyak masa lebih anda yang berharga, tetapi ia berbaloi akhirnya. Jika anda
tahu anda mempunyai satu kaedah yang berkesan untuk mencari setiap kesalahan
apabila anda hampir siap kertas kerja/tesis, anda seterusnya hanya perlu risau
sedikit mengenai ‘editing’ sementara anda menulis deraf pertama anda. Ini akan
membuatkan proses menulis keseluruhan lebih efisien.
Cuba asingkan proses ‘editing’
dan ‘proofreading’. Bila anda edit deraf awal, anda tak perlu khuatir tentang
tanda seru, tanda berhenti, koma, tatabahasa dan ejaan. Jika anda risaukan mengenai ejaan
perkataan atau perletakan tanda koma, ini menunjukkan anda tak memberi tumpuan
kepada tugas yang lebih penting iaitu pembinaan idea yang berkait sesama sendiri.
NB: Proofreading bukan berkenaan
semakan bahan kandungan. Ia lebih kepada tatabahasa dan struktur penulisan
anda.
Adakah pengeditan sama dengan
proofreading?
Tidak juga. Walaupun ramai orang
menggunakan terma-terma itu untuk merujuk kepada perkara yang sama, pengeditan
dan proofreading adalah dua peringkat berbeza dalam proses revisi. Kedua-duanya
memerlukan pembacaan yang cermat dan teliti, tetapi mereka focus kepada
aspek-aspek penulisan yang berlainan dan menggunakan teknik-teknik berlainan.
Akhirnya, jika anda tak mampu
menyemak kertas kerja/tesis anda sendiri, eloklah anda mencari perkhidmatan
yang baik untuk tugasan ini.
Semoga berjaya.
~yba~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan