Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Sabtu, 21 April 2012

NVivo 9 - Pengenalan


Apa yang hebat sangat dengan NVivo ini?

NVivo 9 adalah satu perisian yang dapat membantu anda bekerja dengan maklumat tak berstruktur seperti dokumen, survey, audio, video dan gambar – supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik akhirnya. Biar apa saja bahan-bahan, apa saja bidang, apa saja pendekatan kajian anda, NVivo menyediakan ruangkerja untuk membantu anda pada setiap peringkat projek.

Ciri-ciri NVivo 9
  •  Impot dan kerja dengan dokumen, PDFs, spreadsheets, audio, video dan gambar.
  • Memberi lebih masa untuk analisa data dan penemuan. NVivo membiarkan anda menyusun dan klasifikasi data dengan cepat.
  • Bekerja secara sistematik dan memastikan anda tidak tertinggal sebarang data anda.
  • Membuka perhubungan halus dengan cara yang ringkasnya mustahil secara manual melalui pertanyaan.
  • Menoleh belakang dan menambah fikrah dan idea anda kepada penganalisaan.
  • Justifikasi secara rigorous tentang hasil kajian anda dengan bukti. NVivo membantu anda menghubungkan hasil kajian kembali kepada data asal yang menyokongnya.
  • Mengantara-tukar data dengan mudah dengan aplikasi seperti Microsoft Excel, Word, IBM SPSS Statistics dan EndNote.
  • Mudah bekerja dengan bahan dalam bahasa anda sendiri.
  • Mengongsi kerja anda dengan rakan-rakan dengan mudah sekali.

Apa yang baru dalam NVivo 9

  • Akses sumber-sumber pembelajaran baru
  • Nikmati pembolehgunaan yang dipertingkatkan
  • Lebih banyak versi bahasa, lebih pilihan
  • Susun dan urus data dengan mudah
  • Bekerja dengan spreadsheets dan pangkalan data
  • Penggunaan PDF yang ditambahbaiki dengan signifikan (NVivo 9.1 ke atas)
  • Bekerja dengan semakan literatur dan bibliografi
  • Biar fungsi “finds” berevolusi dengan projek anda
  • Jelajah data anda secara otomatik
  • Lihat susunan(patterns) dan perhubungan(connections) dalam data
  • Nikmati bantuan untuk metodologi yang lebih banyak
  • Ubahantara(Interchange) dan kongsi data anda
  • Kerjapasukan tulen dengan NVivo Server 9
Tontoni video-video dibawah untuk tutorial ringkas mengenai NVivo 9

1.    Tutorial 1 – Sediakan dan jalankan NVivo 9
Demonstrasi NVivo menggunakan projek contoh berkisar tentang perubahan keadaan sekeliling (environment).

2.    Tutorial 2 – Apa yang baru dalam NVivo 9
Menggunakan perisian NVivo 8 sediaada? Belajar mengenai paparan baru NVivo 9 dan bagaimana ia boleh membantu anda.

3.    Tutorial 3 – Bekerja dengan hasil soalselidik survey
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan tindakbalas survey, atau maklumat apa saja dalam spreadsheets dan jadual pangkalan data.

4.    Tutorial 4 – Bekerja dengan audio, video dan imej
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan rakaman audio, paparanvideo dan foto digital.

5.    Tutorial 5 – Bekerja dengan temuduga, artikel dan dokumen lain
Belajar cara untuk mengimpot dan bekerja dengan dokumen Word, PDFs dan data bibliografi dalam NVivo 9.

6.    Tutorial 6 – Susun bahan kedalam tema dengan pengkodan
Belajar cara menggunakan NVivo untuk menyusun bahan anda kedalam tema-tema. Anda juga akan lihat bagaimana pengkodan boleh menolong jelajahi dan visualisasi bahan anda.

7.    Tutorial 7 – Bekerja dengan maklumat mengenai orang, tempat dan kes-kes lain
Belajar cara menggunakan NVivo untuk merekod dan bekerja dengan maklumat mengenai entity atau kes dalam projek seperti orang, tempat dan organisasi.

8.    Tutorial 8 – Jelajah pengkodan anda 
Belajar cara menggunakan pertanyaan pengkodan dalam NVivo untuk menguji idea dan jelajah bahan anda.

9.    Tutorial 9 – Cari tema dan analisa teks           
Belajar cara menggunakan kemudahan analisa teks NVivo untuk menolong anda mengenali tema dan jelajah penggunaan bahasa dalam projek.

selamat mencuba.

~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan