Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Memaparkan catatan dengan label Kualitatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kualitatif. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Analisa NVivo - Panduan awal

Banyak maklumat boleh diperolehi berkenaan perisian NVivo dan cara-cara menggunakannya. Bagi saya, NVivo sangat mudah jika anda faham cara manual untuk menganalisa data kualitatif. Perisian akan memudahkan lagi kerja pengurusan data kualitatif yang begitu banyak berbanding data kuantitatif.


Buku yang saya mula rujuk pada awal PhD saya enam tahun lepas ialah tulisan Pat Bazeley. Di samping itu juga saya menghadiri kursus 2 hari pengenalan kajian kualitatif dan NVivo oleh pensyarah UUM di UIAM. Kursus itu nampaknya hanya sebagai ulangan dari apa yang telah dibaca kerana pelajar-pelajar yang hadir merupakan kosong atau permulaan pengetahuan mengenai kajian kualitatif dan NVivo.




Di bawah ini, saya sertakan tajuk-tajuk dalam buku Pat Bazeley:


1 Perspectives: Qualitative computing and NVivo
Qualitative research purposes and NVivo
Issues raised by using software for qualitative data analysis
What does an NVivo project look like?
About this book

2 Starting a project
Starting
Starting with software
Saving your project

3 Making data records
Data for your project
Data in cases
Data preparation
Data records in NVivo
Managing data sources in NVivo

4 Working with data
Goals for early work with data
Gaining perspective on the text
Building knowledge of the data through coding
Storing coding in nodes
Reflecting on the case

5 Connecting ideas
Development of the coding system
Making connections across trees
Coding in practice
Managing coding

6 Managing data
Managing data sources
Bringing demographic or other quantified data into your analysis
Scoping queries

7 The ‘pit stop’
Seeing data afresh in nodes
Searching text
Revisiting the literature
Pausing to ‘play’ with models
The periodic pause

8 Going further
The analytic journey
Queries in NVivo
Starting the journey…
Going further with cases
Going further with concepts
Going further with narrative and discourse
Using numerical counts
Going further into theory building
Moving on – further resources

Selamat menganalisa data

~yba~

Jumaat, 4 Mei 2012

Kajian Akademik



Untuk mereka yang baru berkecimpung atau terjun ke bidang kajian akademik, ia adalah satu pengalaman yang baru. Malangnya, selama ini anda tak terdedah kepada kajian akademik kerana mengambil kursus dan peperiksaan sahaja semasa ijazah pertama dan sarjana. Bagi yang mengambil sarjana mod campur iaitu kursus dan disertasi, ia mungkin membantu sedikit.

Apakah yang dikatakan kajian akademik samada PhD atau geran-geran penyelidikan yang lain?

-         Bersifat mengembangkan ilmu pengetahuan (knowledge);
-         Ia adalah penyiasatan berstruktur untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
-         Ia mesti diasaskan daripada “lopong” (gap) dari literatur;
-         Ia mesti menggunakan salah satu kaedah kuantitatif, kualitatif dan/atau bercampur;
-         Ada hasil penemuan yang telah di bentuk dari soalan-soalan dan kaedah kajian;
-         Rumusan yang utuh dan padat;
-         Sumbangan kepada badan ilmu pengetahuan dan literatur bidang tertentu;
-         Novel;
-         Asli.

Kriteria-kriteria:

Kuantitatif - Untuk para penyelidik kuantitatif, kriteria utama mereka adalah kebolehpercayaan (reliability), kesahihan (validity) dan generalizability.

Kualitaitf - Namun, bagi para penyelidik kualitatif, disamping kriteria di atas yang tergunapakai juga kepada mereka, mereka juga menekankan dan/atau menambah pelbagai dimensi/aspek seperti rigour, integriti etika dan kesasteraan (artistry).

Nota: Generalizability mungkin susah untuk dicapai bagi sebahagian kajian kualitatif.

Bercampur – memiliki kriteria kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif

Polisi

Universiti York (diambil dari laman sesawang universiti pada 4.5.2012) di United Kingdom telah mengeluarkan polisi mengenai kajian akademik:

1. Penyelidik mesti bertanggungjawab memastikan standard kejujuran akademik yang tinggi.

2. Universiti memasukkan sebagai rujukan mengenai peraturan-peraturan tingkahlaku kesarjanaan yang dibuat oleh agensi kebangsaan dan antarabangsa.

3. "Salahlaku dalam kajian akademik" ditakrif sebagai:

    (a) apa-apa tingkahlaku secara sedar dalam fabrikasi dan plagiat;
    (b) kegagalan secara material untuk mematuhi peraturan-peraturan persekutuan dan daerah untuk melindungi penyelidik, sabjek manusia atau orang awam, atau kebajikan haiwan makmal atau apa-apa peraturan lain berkaitan perlaksanaan kajian;
    (c) kegagalan untuk memberitahu penaja sebarang konflik minat yang material (conflict of interest);
    (d) kegagalan untuk memberitahu universiti sebarang konflik kewangan yang material  material dalam perniagaan yang mengadakan kontrak dengan universiti untuk menjalankan kajian. (sila rujuk universiti York)

Selamat menyelidik.

~yba~



Khamis, 26 April 2012

Asas kajian kualitatif


Lazimnya pelajar baru sarjana/PhD penyelidikan tertanya-tanya samada kaedah kuantitatif atau kualitatif yang patut mereka guna untuk kajian mereka. Yang hebatnya, ada sebahagian pelajar, termasuk rakan-rakan saya dulu, yang begitu yakin mereka akan buat kuantitatif dan meletak mereka di posisi positivis.

Dalam kelas kaedah kajian, tak semua pensyarah menyelami dengan mendalam kaedah kuantitatif dan kualitatif. Apatah lagi yang menceritakan tentang ontology dan epistemologi.

Baiklah. Apakah dia kajian kualitatif?

Silverman (2006) menyatakan bahawa
  • Pertama, ‘kajian kualitatif’ meliputi rangka yang luas pelbagai, malah berkonflik, aktiviti-aktiviti.
  • Kedua, jika deskripsi digunakan hanya sebagai sesuatu epithet negatif (menyatakan apa yang kita tidak, yakni, bukan kunatitatif),

kemudian saya tak begitu jelas bagaimana bergunakah ia.

Peter Grahame menulis: 
pandangan bahawa kajian kualitiatif adalah bukan-kualitiatif itu betul tapi kurang bermaklumat: kita perlukan lebih daripada definisi negatif. (1999: 4)

Dalam ertikata kedua ini, ‘kajian kualitatif’ nampaknya menjanjikan yang kita akan mengelak atau menegurangkan/merendahkan teknik statistik dan mekanik jenis-jenis kaedah kuantitatif yang digunakan dalam, katakan, kajian survey atau epidemiologi. Bagaimanapun, kebahayaan dalam terma itu adalah  ia menampakkan untuk mengandaikan pemihakan tetap atau penilaian pra-definisi tentang apakah dia kajian ‘baik’ (yakni kualitatif) dan ‘buruk’ (yakni kuantitatif). Sebenarnya, pilihan antara kaedah kajian yang berbeza patut bergantung kepada apa yang anda cuba untuk mencari/menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, jika anda ingin mencari bagaimana manusia berhasrat untuk mengundi, kemudian, kaedah kuantitatif, seperti survey sosial adalah nampak pilihan yang lebih sesuai. Sebaliknya, jika anda berhasrat untuk menjelajahi sejarah hidup manusia atau perangai harian manusia, kemudian, kaedah kuantitatif mungkin lebih disukai/sesuai.

Dalam ertikata lain, kajian kualitatif adalah satu jenis kajian saintifik. Dalam terma umumnya, kajian saintifik mengandungi penyiasatan yang:
• mencari jawapan-jawapan kepada satu soalan;
• menggunakan pra-definisi set prosedur secara sistematik untuk menjawab soalan;
• mengumpul bahan bukti
• mengeluarkan hasil penemuan yang tidak ditentukan pada awalnya;
• mengeluarkan hasil penemuan yang boleh digunapakai menjangkaui had kawasan (boundaries) terdekat sesebuah kajian.

Kajian kualitatif berkongsi ciri-ciri diatas. Tambahan lagi, ia cuba untuk memahami masalah kajian yang diberi atau topic daripada perspektif populasi tempatan yang ia terlibat sama. Kajian kualitatif adalah sangat efektif dalam mendapatkan maklumat spesifik berkaitan budaya yaitu mengenai nilai-nilai, pendapat, perangai dan konteks sosial tentang populasi tertentu.

Kaedah pengumpulan data

Antara tiga kaedah yang utama adalah:
• Pemerhatian peserta – ia adalah sesuai untuk mengumpul data mengenai perangai/kelakuan yang berlaku secara natural dalam konteks kebiasaan mereka.
• Temuramah mendalam – ia adalah optimal untuk mengumpul data seperti sejarah peribadi individu, perspektif dan pengalaman, terutamanya apabila topic sensitif sedang diselidiki/jelajahi.
• Kumpulan focus – ia adalah efektif dalam mengumpul data mengenai norma-norma budaya sesuatu kumpulan dan dalam mengumpul pandangan luas sesuatu isu kepada kumpulan budaya atau subkumpulan yang diwakili.

NB: Setiap kaedah adalah terutamanya sesuai untuk mengumpul jenis data yang tertentu.



Etika dalam kajian kualitatif

Oleh kerana kajian kualitatif banyak melibatkan orang lain dan organisasi, sudah tentunya ia melibatkan prosedur, tuturcara, budaya yang tertentu bagi setiap orang dan organisasi. Kesan sesuatu kajian, soalan, pemerhatian, tindak tanduk pengkaji boleh secara langsung dan/atau tidak langsung mengakibatkan sesuatu ketidakpuasan, kerugian, kebocoran, gangguan hidup dan apa saja kesan negative yang bakal timbul atau terhasil kepada responden.

Oleh sebab itu, adalah tanggungjawab setiap pengkaji untuk memohon dan berunding dengan bakal responden tentang apa saja perkara yang perlu dipersetujui dan diperhatikan sebelum, semasa dan selepas sesuatu kajian diadakan.

Selamat berjaya.

~yba~

Ahad, 22 April 2012

ATLAS.ti 6 dan 7 (lebih baik dari NVivo?)


Ramai juga yang tanya pasal Atlas.ti disamping NVivo dan perisian analisa kualitatif. NB: Tahap analisa kualitatif berbeza mengikut kaedah analisis seperti Grounded theory, content analysis, hermeneutics dan lain-lain. Pastikan anda tahu apa yang anda hendak analisa. OK?

Komen dari seorang penyelidik yang menggunakan Atlas.ti dalam analisa grounded theory:
“ATLAS.ti adalah satu alat perisian kualitatif yang berkuasa keatas kedua-dua tahap teks dan konsep.”
“Visualisasi mengenai peta konsep memberitahu penganalisaan data dan rumusan.”
“Peta konsep membantu untuk:
-         membuat rangka atau membina model untuk sebuah projek kajian.
-         mengurangkan data.
-         analisa tema dan hubungan antara kod-kod. Dan
-         bentang hasil penemuan kajian” (Daley, 2004).

Komen dari seorang lagi penyelidik tentang Atlas.ti:
“ATLAS.ti menolong mengurus dokumen kita semasa semakan literarur.”
“ATLAS.ti menolong mengurus bilangan data yang amat banyak dan mempercepatkan proses “masuk akal” (making
sense) mengenai data dalam fasa analisa data.”
“Dengan kemudahan yang mesra pengguna, ATLAS.ti banyak mengurangkan tekanan (stress) dalam kajian dan akhirnya dapat mempercepatkan proses kajian.”

Apa dia Atlas.ti 6? Di bawah ini dipaparkan kandungan perisian Atlas.ti 6. Versi 7 akan keluar tak lama lagi dan sudah tentu aka nada pembaharuan dan penambahbaikan.

-         Interface
-         Data Management
-         Organization and Usability
-         Coding
-         Memos and Comments
-         Hyperlinking
-         Visualization
-         Working with Variables
-         Searching and Data Retrieval
-         Text Searching
-         Searches and Filters
-         Query Tool
-         Co-Occurence Explorer
-         Quantification
-         Transcription
-         Geo data
-         Survey Import
-         Teamwork / Project Management
-         Output Types and Formats

Jika dilihat dari kandungan Atlas.ti di atas, nampaknya ia pun saingan kuat kepada NVivo. Namun ada sedikit perbezaan dari terma-terma dan kelebihan GUI dan mesra-pengguna serta kaedah analisa kualitatif yang dipilih.

Weitzman (2000) mencadangakna 6 kunci utama pemilihan perisian:
-         Apakah tahap/jenis pengguna komputer diri anda?
-         Adakah anda memilih untuk satu projek atau untuk beberapa tahun akan datang?
-         Apakah jenis projek dan pangkalan data yang akan saya gunakan?
-         Apakah jenis analisa yang saya rancang akan buat?
-         Bagaimana pentingnya kepada anda untuk menetapkan deria (sense) “kedekatan” (“closeness”) kepada data anda?
-         Apakah kekangan kewangan anda semasa membeli perisian dan perkakas yang perlu untuk menjalankan mereka?

Ezzy (2002) memberi peringatan apabila membuat pilihan CAQDAS:
-         ‘analisa data kualitatif tak boleh dibuat oleh komputer. Perisian CAQDA hanya memudahcara penganalisaan’ (p.111).
-         Kaedah kajian yang di gunakan untuk sesuatu kajian.
-         Jenis data yang dikumpul semasa kerja lapangan.

Tepuk dada tanya ilmu yang anda ada mengenai kajian dan pilihlah yang mana satu “buah hati” anda untuk sepanjang jalan PhD…

Selamat berjaya.

~yba~





Sabtu, 21 April 2012

NVivo 9 - Pengenalan


Apa yang hebat sangat dengan NVivo ini?

NVivo 9 adalah satu perisian yang dapat membantu anda bekerja dengan maklumat tak berstruktur seperti dokumen, survey, audio, video dan gambar – supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik akhirnya. Biar apa saja bahan-bahan, apa saja bidang, apa saja pendekatan kajian anda, NVivo menyediakan ruangkerja untuk membantu anda pada setiap peringkat projek.

Ciri-ciri NVivo 9
  •  Impot dan kerja dengan dokumen, PDFs, spreadsheets, audio, video dan gambar.
  • Memberi lebih masa untuk analisa data dan penemuan. NVivo membiarkan anda menyusun dan klasifikasi data dengan cepat.
  • Bekerja secara sistematik dan memastikan anda tidak tertinggal sebarang data anda.
  • Membuka perhubungan halus dengan cara yang ringkasnya mustahil secara manual melalui pertanyaan.
  • Menoleh belakang dan menambah fikrah dan idea anda kepada penganalisaan.
  • Justifikasi secara rigorous tentang hasil kajian anda dengan bukti. NVivo membantu anda menghubungkan hasil kajian kembali kepada data asal yang menyokongnya.
  • Mengantara-tukar data dengan mudah dengan aplikasi seperti Microsoft Excel, Word, IBM SPSS Statistics dan EndNote.
  • Mudah bekerja dengan bahan dalam bahasa anda sendiri.
  • Mengongsi kerja anda dengan rakan-rakan dengan mudah sekali.

Apa yang baru dalam NVivo 9

  • Akses sumber-sumber pembelajaran baru
  • Nikmati pembolehgunaan yang dipertingkatkan
  • Lebih banyak versi bahasa, lebih pilihan
  • Susun dan urus data dengan mudah
  • Bekerja dengan spreadsheets dan pangkalan data
  • Penggunaan PDF yang ditambahbaiki dengan signifikan (NVivo 9.1 ke atas)
  • Bekerja dengan semakan literatur dan bibliografi
  • Biar fungsi “finds” berevolusi dengan projek anda
  • Jelajah data anda secara otomatik
  • Lihat susunan(patterns) dan perhubungan(connections) dalam data
  • Nikmati bantuan untuk metodologi yang lebih banyak
  • Ubahantara(Interchange) dan kongsi data anda
  • Kerjapasukan tulen dengan NVivo Server 9
Tontoni video-video dibawah untuk tutorial ringkas mengenai NVivo 9

1.    Tutorial 1 – Sediakan dan jalankan NVivo 9
Demonstrasi NVivo menggunakan projek contoh berkisar tentang perubahan keadaan sekeliling (environment).

2.    Tutorial 2 – Apa yang baru dalam NVivo 9
Menggunakan perisian NVivo 8 sediaada? Belajar mengenai paparan baru NVivo 9 dan bagaimana ia boleh membantu anda.

3.    Tutorial 3 – Bekerja dengan hasil soalselidik survey
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan tindakbalas survey, atau maklumat apa saja dalam spreadsheets dan jadual pangkalan data.

4.    Tutorial 4 – Bekerja dengan audio, video dan imej
Belajar cara mengguna NVivo 9 untuk bekerja dengan rakaman audio, paparanvideo dan foto digital.

5.    Tutorial 5 – Bekerja dengan temuduga, artikel dan dokumen lain
Belajar cara untuk mengimpot dan bekerja dengan dokumen Word, PDFs dan data bibliografi dalam NVivo 9.

6.    Tutorial 6 – Susun bahan kedalam tema dengan pengkodan
Belajar cara menggunakan NVivo untuk menyusun bahan anda kedalam tema-tema. Anda juga akan lihat bagaimana pengkodan boleh menolong jelajahi dan visualisasi bahan anda.

7.    Tutorial 7 – Bekerja dengan maklumat mengenai orang, tempat dan kes-kes lain
Belajar cara menggunakan NVivo untuk merekod dan bekerja dengan maklumat mengenai entity atau kes dalam projek seperti orang, tempat dan organisasi.

8.    Tutorial 8 – Jelajah pengkodan anda 
Belajar cara menggunakan pertanyaan pengkodan dalam NVivo untuk menguji idea dan jelajah bahan anda.

9.    Tutorial 9 – Cari tema dan analisa teks           
Belajar cara menggunakan kemudahan analisa teks NVivo untuk menolong anda mengenali tema dan jelajah penggunaan bahasa dalam projek.

selamat mencuba.

~yba~