Ramai yang teragak-agak nak buat
PhD samada dalam atau luar negara. Adakah sesuai untuk mereka terutama yang
bukan pensyarah.
Dan pula peringkat kedoktoran ni
ada Doktor falsafah dan juga DBA. Adakah sijil profesional lebih sesuai?
Mula-mulanya, anda kena fikir
apakah tujuan hidup anda dan kearah mana minat kepada ilmu dan kerjaya anda.
Soalan ini mungkin besar, kompleks dan sangat sukar bagi sebagagian orang.
Namun, ia sangat mudah untuk sebahagian yang lain. Ketahuilah, dalam kehidupan
ini kita mencorakkan diri kita sendiri melalui ilmu dan pengalaman. Ibubapa
mencorak kehidupan kita masa kecil. Apabila dewasa dan sudah mula berdikari,
kita wajib membuat keputusan untuk diri kita sendiri.
Baik. Kembali ke persoalan dasar
entri ini. PhD atau profesional?
Jelasnya ia mempunyai banyak alasan
dan sebab. Disini ada tiga sebab utama pada pandangan saya.
o
Lazimnya seorang yang mempunyai
PhD akan menjadi pensyarah dan masuk bidang akademik. Namun, dalam era ini,
dengan PhD, anda boleh menjadi apa saja. Akademik, pengkaji atau pun kerja
swasta sebagai profesional. Ada juga pihak swasta yang mengupah Dr PhD bekerja
dengan mereka sebagai saintis, pakar teknologi, perunding dan pengarah.
Bagaimanapun, CV anda mestilah hebat dan membuktikan anda mempunyai kelayakan
yang secukupnya untuk melakukan tugas tersebut. Bukan sekadar ada PhD. Dr PhD
yang muda dan kurang berpengalaman mungkin ditolak oleh syarikat swasta. Dan
bukan semestinya Dr PhD yang tua juga akan diambil oleh syarikat swasta. Ini
adalah proses pengambilan pekerja oleh syarikat swasta yang berbeza kriteria
dari sebuah syarikat ke syarikat lain.
o
Kebanyakan syarikat antarabangsa
dan juga tempatan amat mementingkan tahap profesionalisma dalam organisasi
mereka kerana ia adalah satu pengamalan antarabangsa. Badan-badan
profesionalisma membuat standard mereka sendiri mengenai tahap-tahap
perkhidmatan, produk, sistem, etika dan juga kepatuhan undang-undang ahli-ahli
mereka. Contohnya, ahli-ahli badan professional perakaunan seperti ACCA, CIMA,
CPA, MICPA dll mensyaratkan garispanduan untuk diikuti oleh ahli-ahlinya pada
setiap masa dalam pekerjaan. Kita dapat lihat kes seperti Enron di Amerika
sebagai contoh dimana pengarah dan juga akauntannya menyorokkan maklumat dari
akaun awam mereka. Sebenarnya, akauntan bertauliah tak dibenarkan berbuat demikian.
Namun, atas desakan ketua di atas, mereka terpaksa ikut atau berhenti kerja. Ini
dilemma akauntan professional. Dalam kes ini, sijil profesional lebih penting
berbanding PhD.
o
Dalam hal ini berbeza keadaan
antara PhD dan sijil profesional. Sebagai Dr PhD anda melalui proses untuk
menjadi seorang sarjana dan pengkaji. Dalam tempoh 3-4 tahun dan ada juga yang
lebih, anda dipimpin oleh penyelia-penyelia dan juga sarjana-sarjana lain
seluruh dunia yang pakar dalam bidang anda. Ini tertakluk jika anda
berinteraksi dan berkomunikasi secara berterusan dan aktif sesama sarjana lain
samada dalam persidangan, forum, bengkel, seminar, penulisan jurnal dll. Dalam erti
kata lain, andalah yang membuat standard anda sendiri untuk melebihi standard
seorang pakar bidang anda pada masa itu yang digelar profesor yang mendapat
hadiah nobel. Dalam sarjana akademik, standard minima juga diletakkan kepada
ahli-ahli PhD. Namun, anda boleh melepasi lebih daripada itu. Anda boleh
bekerja sendiri. Seperti para ilmuan islam dahulu kala Ibnu Sina, Al-Farabi,
Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi dan banyak lagi dimana mereka pakar
dalam pelbagai bidang dan membuat standard mereka sendiri yang lebih tinggi. Buku-buku
mereka dirujuk dan disimpan oleh negara-negara barat hingga hari ini.
o
Sebaliknya, ahli profesional
hanya merujuk kepada standard yang telah dibuat dan kadangkala boleh memberi
komen dan cadangan kepada perubahan dan penambahbaikan standard tertentu. Bagi mereka
yang membuat standard, maka mereka akan memainkan peranan lebih. Sebagai ahli
biasa, ruanglingkup untuk anda membuat kajian yang lebih adalah terhad kerana
urusan kerja-kerja anda yang begitu menghambat. Sebagai ahli profesional
kebanyakannya hanyalah menurut standard dan kurang aktif dalam membuat standard
dan mengkaji lebih mendalam bidang mereka.
o
Walaupun kajian akademik lebih
bersifat teori, namun, sumbangan mereka kepada idea dan praktis juga tak kurang
hebatnya berbanding standard professional yang lebih mementingkan realiti dan pragmatik
kerja.
o
Di, sini, PhD dan profesional masing-masing
ada sumbangan mereka sendiri.
o
Apa kaitan PhD dan profesional untuk
negara? Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa semakin
ramai rakyatnya terdiri dari bijak pandai, negara itu akan lebih makmur. Namun,
negara itu perlulah dipimpin oleh bijak pandai juga. Seperti di negara maju
pada masa ini, ahli bijak pandai samada akademik dan professional sama-sama
menyumbang memberi buah fikiran dan sistem negara yang lebih adil dan maju.
o
Malaysia juga perlu dipimpin oleh
pemimpin yang bijakpandai dan di bantu/sokong oleh ahli-ahli cendekiawan dalam
semua bidang membangun sebuah negara bertamadun tinggi. Ini memerlukan satu
Apa pun. Pensyarah sudah tentu
akan membuat PhD untuk kerjaya mereka kecuali mereka berhenti sekerat jalan
dalam akademik.
Bagi ahli professional yang mahu
ubah angin atau kecewa dengan kerja profesional mereka dan menganggap akademik
lebih mudah, itu tanggapan salah bagi saya. Sebagai sarjana, tanggungjawab
fardu kifayah adalah lebih kepada anda untuk menyumbang kepada agama, bangsa
dan negara. Ahli professional menyumbang dengan cara mereka sendiri.
Tak kira samada anda Dr PhD atau profesional,
jadilah muslim yang berilmu dan beriman dengan pemahaman islam yang betul. Bukan
Dr (perangai hasad dengki) dan profesional yang songlap dan melakukan pelbagai
tipu helah dalam kerja mereka.
Jika ahli cendekiawan dipandang
tinggi dan mulia oleh rakyat awam kebanyakan, lahirlah satu sistem negara berdasarkan
ilmu.
Ketahuilah, Allah SWT
meningkatkan darjat yang tinggi kepada mereka yang berilmu pengetahuan (dalam
ilmu agama dan dunia).
Kata
Imam Sakhawi ra, barangsiapa yang memasuki bidang ilmu secara
berseorangan (tanpa berguru) maka dia juga akan keluar secara
berseorangan (tanpa menjadi alim). Membaca pula harus banyak dan
bersungguh, para imam terdahulu membaca kitab yang banyak dan menelaah
ilmu dari pelbagai sumber. Kemudian ilmu dan isi penting itu perlu
ditulis kerana kata Anas bin Malik ra, Ilmu itu diikat dengan menulis.
(Jami Bayan Al-Ilm)
Di
sini saya kongsikan sebahagian nasihat daripada Fadhilatus Sheikh Dr.
Yusri Rushdi Syed Jabr Al-Hasani buat para doktor yang dikasihi
sekalian;
✔ ••► Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan
belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam
bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat
pengajian perubatan, aku terfikir untuk
keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat
demikian namun aku mengambil keputusan untuk tetap meneruskan pengajian
walaupun dalam keadaan payah.
~ Imam Syafie berkata: Jika kamu
meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan
haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan
kecerdikan (zakiyy).
✔ ••► Penting bagi seorang doktor Muslim
terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul
Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi
hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu
terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman
umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.
~
Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan, aku
sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doktor Afghanistan merasa
kagum kerana banyak pembedahan yang aku berjaya lakukan. Beliau bertanya
apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan,
tetapi aku membuatnya dengan HATI.
✔ ••► Pesanan untuk pelajar
perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk
dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk
manusia.
~ Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya,
bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati
guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan
Allah, itu adalah tanda wali Allah.
Selamat berjaya.
~yba~