Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Khamis, 26 April 2012

Penulisan artikel jurnal


Pelajar sarjana dan PhD yang menjadi penolong pengkaji pernah menghadapi sistuasi: Ahhhh penyelidik utama suruh tulis satu kertas kerja untuk hantar ke jurnal. Jurnal? Jurnal apa? Dimana? Bagaimana hendak tulis? Apa formatnya? Susah kah? Banyak helaikah? Banyaknya soalan difikirkan oleh penulis junior yang tak berpengalaman buat kali pertama ini………….

Sejujurnya, bagi sesiapa yang baru hendak mengenali penulisan jurnal, ia amatlah merunsingkan. Namun, tidaklah sampai tahap kritikal hingga demam dan panik. Panik? Ah…mungkin ada sikit bagi sesetengah orang. Tapi, jika anda mampu mengambil kursus sarjana dan PhD, sudah tentu anda mampu mengharungi penulisan jurnal juga. Kan?

Lazimnya, banyak rungutan mengenai penulisan artikel kajian adalah bahawa ia sesuatu yang merumitkan, dan penulis tak pasti apa sepatutnya dimasukkan dan bagaimana ia patut disampaikan.

Berita baik adalah bahawa jurnal sains, teknologi dan kejuruteraan mengikut format-format tertentu yang telah ditetapkan. Format itu mengandungi pengenalan termasuk pernyataan masalah, semakan literatur, outline umum kertas kerja , seksyen kaedah memperincikan kaedah yang digunakan, hasil kajian samada diasingkan atau digabungkan, perbincangan dan seksyen aplikasi, ringkasan akhir dan seksyen penutup.

NB: Jurnal berwasit tinggi dan popular sangat sangat sangat tinggi syarat kelayakan penerimaan. Anda perlu juga tahu tentang proses semakan dan revisi sesebuah jurnal.

Struktur kebanyakan format artikel kajian jurnal:
1. Abstrak
2. Pengenalan
3. Kaedah kajian/metodologi/rekaan kajian
4. Hasil penemuan
5. Perbincangan
6. Ringkasan dan Penutup
7. Penghargaan (pilihan)
8. Rujukan

Akhir kata, rujuk jurnal tertentu yang anda ingin hantar artikel anda dan lihat syarat-syarat mereka. Format juga disediakan. Maklumat-maklumat lain juga diberi. Anda Cuma perlu mengisi maklumat kajian anda dalam format tersebut dengan kualiti yang tinggi supaya dapat mengatasi orang lain merebut tempat kosong dalam jurnal itu.

Selamat berjaya.

~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan