Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Jumaat, 20 April 2012

Endnote X1 – Bahagian 2


Apa ada dalam Endnote X1?
-         Permulaan
-         Bekerja dengan rujukan
-         Mengimpot rujukan
-         Bekerja dengan perpustakaan Endnote
-         Menggunakan Endnote dengan MS Word
-         Penyimpanan perpustakaan Endnote

Dalam Bahagian 1, saya mencoret sehingga mengimpot rujukan. Bahagian 2 ini akan diteruskan sehingga habis silibus Endnote X1. Bahagian 3 akan menyentuh Endnote X5 dan apakah penambahbaikan/perbezaan daripada versi-versi terdahulu iaitu X1 - X4.

Seksyen 4 – Bekerja dengan perpustakaan Endnote

-         Menyusun urutan rujukan
Dengan mudahnya anda dapat menyusun atur rujukan dengan memilih mana-mana kepala kolum dalam senarai rujukan.

-         Mencari rujukan dalam perpustakaan Endnote
Fungsi ini terdapat dalam perpustakaan rujukan. Anda hanya perlu membuka menu Rujukan dan kemudian memilih Mencari Rujukan.

-         Pencarian tahap maju
Di sini anda dapat memilih Pilihan yang lebih seperti menyamakan perkataan, huruf dan abjad (case) dan kriteria yang lain.

-         Mencetak keputusan carian
Buka menu Fail dan pilih Lihat Cetakan dan kemudian Cetak.

 
-         Memeriksa jika ada rujukan bertindih
Endnote akan menanda terang (highlight) jika ada rujukan-rujukan bertindih.

*       Anda juga boleh memadam rujukan bertindih, memilih gaya output dan mengubah kesesuaian output.

Seksyen 5 – Menggunakan Endnote dengan MS Word

-         ‘Cite’ sambil menulis
Penghubungan antara Endnote dan MS Word membolehkan anda ‘cite’ terus kedalam MS Word. Ada 2 cara: i) Melalui menu Tools dalam MS Word; dan ii) melalui Toolbar Endnote yang terdapat dalam MS Word.

o   Anda juga boleh memasukkan Gambarajah dalam MS Word dari Endnote

-         Membina Bibliografi berdikari
Selain bibliografi yang terdapat dalam Endnote, anda juga boleh membina Biblio asing untuk pelbagai tujuan lain. Mudah saja. Anda boleh pilih samada secara manual atau membuat pencarian.

-         Menggunakan templat manuskrip
Pelbagai format templat disediakan untuk kemudahan anda menghantar kertas kerja dan rujukan ke mana-mana persidangan, jurnal atau penerbitan lain.

Seksyen 6 – Membuat salinan (back up)
Selalulah membuat salinan fail anda dengan sekerap mungkin untuk mengelak dari kejadian yang tak diingini.

Sekian. Selamat mencuba.

~yba~ 


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrt WBt, Dr. Sekiranya ada rujukan yang bertindih, dan kita delete salah satu, tidakkah ia akan memberi impak kepada rujukan tersebut yang telah di'cite' kat dlm tulisan kita? Mana tau kot kota yang kita delete tu ada beberapa kali dirujuk dalam penulisan sedia ada. Saya mempunyai dileme ini.

    BalasPadam
  2. 'Alaikumussalam wrt wbt,
    Dalam X4, jika guna Online Search, Edit-Preferences-Duplicates boleh di letak kpd otomatik memadam petindihan rujukan dalam perpusatakaan.

    BalasPadam