Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Selasa, 24 April 2012

Endnote X5


Sebelum ini saya telah mencoret serba-sedikit kandungan Endnote X1 sebagai permulaan. Kali ini saya akan menceritakan tentang Endnote X5 dan apa pembaharuan dan penambahbaikan kepada X1.

NB: Sebenarnya semua aplikasi system atau perisian di bina untuk memudahkan para pengguna. Jika sistem/aplikasi itu susah, maka ia tak mencapai objektif sesuatu aplikasi/sistem untuk memudahkan kerja pengguna dan mesra pengguna yang kurang pengetahuan teknikal ICT.

Dibawah ini adalah antara kandungan manual Endnote X5. Hampir serupa saja dengan versi-versi sebelumnya.

  • Chapter 4 Entering a Reference . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 
    • Manually insert a reference, and attach a file to the reference.
  • Chapter 5 Searching an Online Database . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
    • Use EndNote to search online databases and library catalogs. This feature requires that you have an Internet connection.
  • Chapter 6 Importing Reference Data into EndNote. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
    • Import a tagged text file of references downloaded from an online database.
  • Chapter 7 Searching an EndNote Library and Saving it as a Smart Group . . . . . .
    • Search for references, and create a smart group with the search strategy.
  • Chapter 8 Using EndNote While Writing a Paper with Microsoft Word . . . . . . . . .
    • Insert bibliographic citations in Microsoft Word, and have EndNote generate a bibliography for the paper.

OK. Saya tak ingin mengulangi apa yang telah saya coret dalam dua bahagian Endnote X1 sebelum ini. Walaubagaimanapun, dibawah ini saya kongsikan features dalam Endnote X5 yang baru yakni penambahbaikan dari versi-versi sebelumnya.

  • Tambah dan pindah lampiran fail ke Web
Dengan EndNote X5 anda boleh melampirkan fail ke rekod Web EndNote, atau memindah lampiran fail antara Web dan komputer anda. Apabila anda sudah daftar EndNote X5 dengan akaun Web EndNote anda, anda juga akan menerima sehingga 1GB storan Web untuk lampiran fail dan tambahan storan sehingga 25,000 rujukan. Pilih klipkertas yang baru atas rekod Web EndNote untuk melihat senarai lampiran—ia sangat mudah!

  • Lihat dan Annotate fail PDF
Tab Edit Cepat berkembang dalam EndNote X5 merangkumi pralihat fail PDF yang dilampirkan. Anda boleh meminda saiz kedua-dua tetingkap untuk memudahkan mengedit rekod sementara melihat PDF. Dan anda boleh annotate PDF dengan highlights dan/atau komen. Untuk rekod yang mempunyai beberapa lampiran bersama, viewer membenarkan anda untuk navigasi dengan cepat antara fail PDF tanpa perlu menggunakan menu atau skrol ke petak Lampiran Fail.

  • Kemaskini Rujukan Secara Otomatik
Ia sangat mudah untuk kemaskini rekod sediaada dalam EndNote X5. Hanya pilih satu rekod, dan pilih komand “Cari Kemaskini Rujukan”, dan EndNote mencari atas talian untuk data rujukan yang dikemaskini. Jika kemaskini dijumpai, EndNote akan highlight perbezaan dalam sebelah-menyebelah perbandingan antara rujukan baru dan sedia ada. Anda boleh memilih untuk kemaskini petak kosong sahaja, gantikan semua petak, atau salin dan tekap maklumat tertentu. Satu penjimatan masa yang besar apabila mencari nombor-nombor PMCID dan NIHMSID untuk rujukan sedia ada!

  • Pilihan Baru Cite Sambil Anda Menulis
Anda boleh jimat masa dengan conditional formatting yang baru yang menggantikan data untuk petak kosong secara otomatik. Contohnya, petak URL boleh dimasukkan untuk rekod tanpa DOI. Lihat pada pilihan “Petak Penggantian” yang baru dalam Editor Gaya Output. Gaya citation baru—Pengarang (Tahun)—boleh didapati dalam Microsoft Word bersama dengan lebih 5,000 gaya output yang baru dan dikemaskini.

  • Ciri-ciri baru yang lain:
-         Banding rujukan bertindih dengan cepat dengan auto-highlights dan skrol terkunci.
-         Guna jenis rujukan yang baru—Musik—dan petak-petak baru dalam jenis rujukan Artikel Jurnal—Nombor Artikel dan NIHMSID.
-         Kekalkan pautan-pautan ke fail PDF asal apabila mengimpot PDF untuk membuat rujukan-rujukan baru.

Tonton video paparan mengenai kandungan X5 di atas di pautan bawah ini:

Selamat berjaya.

~yba~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan