Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Rabu, 16 Mei 2012

Penulisan Tesis Cepat dan Pantas?


Ramai pelajar-pelajar baru bertanya tentang menyiapkan PhD dengan cepat. 

Termasuk juga bagaimana cara hendak menulis tesis dengan cepat dan pantas.

Jawapan saya: Tidak ada jalan pintas bagi saya. ;)

PhD adalah satu proses. Ia akan mengambil masa.

Kandungan tesis telah ditetapkan asasnya mengandungi Pengenalan, Literatur, Konteks (Kualitatif), Rangkakerja Teori (Kuantitatif), Metodologi/Pembinaan Kajian, Analisa, Hasil kajian, Perbincangan dan Rumusan/penutup.

Jadi, tak ada jalan pintas untuk siapkan tesis. Anda perlu ada bahan kandungan yang cukup untuk menulis setiap bab dalam tesis. Ini adalah kerana anda bakal diperiksa dan disoal mengenai tesis anda. Kandungan sangat penting untuk menjadikan ia sebuah tesis kajian PhD yang baik.

NB: Bersabar, tekun dan rendah diri adalah perlu dalam perjalanan kajian PhD dan kesarjanaan. Selepas tamat PhD anda masih perlu berjalan jauh untuk belajar dan terus belajar mentelaah ilmu yang sangat luas. PhD bukan bererti habis/tamat belajar. PhD juga bukanlah ‘lesen’. Ia adalah pengiktirafan bahawan kita telah melalui semua proses PhD yang sukar sebagai platform membentuk diri kita menjadi seorang penyelidik akademik dan sarjana professional.

TIPS

  • Mulakan dengan pembacaan literatur yang banyak dan luas – untuk mencari lopong kajian
  • Setelah mendapat sedikit idea untuk tajuk kajian anda yang luas, bolehlah mula merangka bab 1. Pembaikan bab 1 ini akan berterusan hingga ke penghujung kajian sebelum proofread.
  • Setelah siap deraf bab 1, mulakan bab 2 iaitu Literatur. Gunakan segala yang anda pelajari dalam kelas semakan kritikal literatur dan penulisan. Bab 2 ini menunjukkan cerita kepada kajian-kajian dalam topik anda dan akan menunjuk kepada kaedah kajian anda.
  • Tidak perlu menunggu hingga bab 1 dan 2 menjadi sempurna. Jika anda tersekat, teruskan ke bab 3 dan 4.
  • Untuk kualitatif, anda perlu menulis bab konteks kajian anda.
  • Untuk kuantitatif, anda perlu menulis bab 3 – rangkakerja teori.
  • Bab 4 – metodologi/pembinaan kajian bermula bila anda sudah yakin dengan tajuk kajian dan pemilihan kaedah kajian yang sesuai berdasarkan soalan-soalan kajian di bab 1.
  • Bab-bab seterusnya memerlukan anda mendapatkan data, analisa dan hasil kajian. Ini berlaku setelah anda dibenarkan membuat pengumpulan data dan analisa. Kebiasaannya ia akan berlaku di tahun 2 pengajian PhD. Ada juga yang terlambat hingga di tahun 3. Sabar ya.
  • Setelah mendapat data dan analisa serta hasil kajian yang baik, maka penulisan anda dalam bab-bab seterusnya tidaklah susah.

Anda boleh lakukannya. 

Katakan BOLEH kepada diri anda.

P/S: Anda boleh guna teknik-teknik samada menggunakan 1 fail hidup dan 1 fail simpanan dan atau beberapa fail versi simpanan untuk menyimpan segala tulisan anda dari hari pertama pengajian. Ia terpulang kepada keselesaan dan kemahiran masing-masing.

Selamat menulis.

~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan