Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Jumaat, 4 Mei 2012

Kajian Akademik



Untuk mereka yang baru berkecimpung atau terjun ke bidang kajian akademik, ia adalah satu pengalaman yang baru. Malangnya, selama ini anda tak terdedah kepada kajian akademik kerana mengambil kursus dan peperiksaan sahaja semasa ijazah pertama dan sarjana. Bagi yang mengambil sarjana mod campur iaitu kursus dan disertasi, ia mungkin membantu sedikit.

Apakah yang dikatakan kajian akademik samada PhD atau geran-geran penyelidikan yang lain?

-         Bersifat mengembangkan ilmu pengetahuan (knowledge);
-         Ia adalah penyiasatan berstruktur untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
-         Ia mesti diasaskan daripada “lopong” (gap) dari literatur;
-         Ia mesti menggunakan salah satu kaedah kuantitatif, kualitatif dan/atau bercampur;
-         Ada hasil penemuan yang telah di bentuk dari soalan-soalan dan kaedah kajian;
-         Rumusan yang utuh dan padat;
-         Sumbangan kepada badan ilmu pengetahuan dan literatur bidang tertentu;
-         Novel;
-         Asli.

Kriteria-kriteria:

Kuantitatif - Untuk para penyelidik kuantitatif, kriteria utama mereka adalah kebolehpercayaan (reliability), kesahihan (validity) dan generalizability.

Kualitaitf - Namun, bagi para penyelidik kualitatif, disamping kriteria di atas yang tergunapakai juga kepada mereka, mereka juga menekankan dan/atau menambah pelbagai dimensi/aspek seperti rigour, integriti etika dan kesasteraan (artistry).

Nota: Generalizability mungkin susah untuk dicapai bagi sebahagian kajian kualitatif.

Bercampur – memiliki kriteria kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif

Polisi

Universiti York (diambil dari laman sesawang universiti pada 4.5.2012) di United Kingdom telah mengeluarkan polisi mengenai kajian akademik:

1. Penyelidik mesti bertanggungjawab memastikan standard kejujuran akademik yang tinggi.

2. Universiti memasukkan sebagai rujukan mengenai peraturan-peraturan tingkahlaku kesarjanaan yang dibuat oleh agensi kebangsaan dan antarabangsa.

3. "Salahlaku dalam kajian akademik" ditakrif sebagai:

    (a) apa-apa tingkahlaku secara sedar dalam fabrikasi dan plagiat;
    (b) kegagalan secara material untuk mematuhi peraturan-peraturan persekutuan dan daerah untuk melindungi penyelidik, sabjek manusia atau orang awam, atau kebajikan haiwan makmal atau apa-apa peraturan lain berkaitan perlaksanaan kajian;
    (c) kegagalan untuk memberitahu penaja sebarang konflik minat yang material (conflict of interest);
    (d) kegagalan untuk memberitahu universiti sebarang konflik kewangan yang material  material dalam perniagaan yang mengadakan kontrak dengan universiti untuk menjalankan kajian. (sila rujuk universiti York)

Selamat menyelidik.

~yba~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan