Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Ahad, 6 Mei 2012

PhD yang baik


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan semenjak berkecimpung dalam kajian akademik semenjak tahun 2006.

Semasa mula daftar kelas pertama kaedah kajian, pelajar terus diajar asas-asas jenis kajian kunatitatif dan kualitatif serta cara-cara melaksanakannya. Bagi seorang akauntan yang baru terjun dan berjinak dengan kajian akademik dan PhD, proses mencari maklumat agak efisien. Namun, tafsiran buku-buku dan nota-nota adalah secara umum dan tak khusus kepada jabatan dan fakulti saya. Hasil diskusi dengan rakan-rakan PhD di jabatan yang sama pun tak jelas. Hasilnya, saya meminjam tesis-tesis pensyarah fakulti itu yang tersimpan di perpustakaan kecil fakulti.
 
Kebanyakan tesis adalah kajian kuantitatif yang dominan. Ketika itu ada seorang pensyarah baru balik dari Manchester, UK yang menggunakan kaedah campuran. Penyelia saya adalah seorang kualitatif. Namun, penyelia saya juga memeriksa tesis kuantitatif. Kualitatif di fakulti tersebut hanya seorang iaitu penyelia saya.

Pada mulanya saya membuat kertas cadangan kuantitatif. Namun, setelah di bincang dan difikirkan dengan mendalam, saya meneruskan dengan kaedah bercampur dimana kualitatif lebih dominan. Akhirnya, saya terpaksa menggugurkan kajian kuantitatif survey kerana tesis saya terlalu tebal…haha. 500 muka surat. Itu pun setelah banyak kandungan dipindahkan ke apendiks. Dan saya masih ada banyak cerita yang hendak disampaikan. Namun, masa dan faktor lain telah menipiskan tesis saya ke 350 mukasurat dan kualitatif sepenuhnya.

Alhamdulillah, saya lulus dalam viva voce.

Profesor Derek Pugh menggariskan bahawa kandungan PhD yang baik mencakupi dua perkara utama:

1.    Makna PhD

o   Untuk menjadi seorang penyelidik profesional

o   Untuk belajar seni membuat penyelidikan

o   Termasuk kemahiran dan nilai

o   Belajar secara sedar dan tacit

2.    Bentuk Phd – 4 komponen penting:

o   Teori latarbelakang: ringkaskan dan dinilaikan

o   Teori fokus: “tesis” anda

o   Teori data: rekaan kajian, kesahihan pengukur

o   Sumbangan

Selamat belajar dan menyelidik.

~yba~
 KICT, UIAM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan