Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Rabu, 9 Mei 2012

Ontologi dan epistemologi


Dalam kajian kualitatif, ontologi dan epistemologi sangat penting dan perlu di jelaskan dalan tesis atau kertas kerja. Para penyelidik perlu jelas tentang kaedah kajian, ontologi dan epistemologi kajian mereka.

Bagi para pelajar PhD, sebelum anda mula menulis tesis atau kertas cadangan, anda pelu memahami beberapa bahasa akademik. Ini adalah kerana anda sedang mengejar ijazah Doktor Falsafah. Falsafah disitu menggambarkan bahawa syarat minima adalah anda memahami dengan baik mengenai falsafah kajian anda. Terutamanya, tiga konsep utama yang disebut diatas iaitu kaedah kajian, ontologi dan epistemologi.

  • Kaedah kajian – berkait dengan alat dan teknik kajian
  • Ontologi – berkait dengan andaian anda tentang bagaimana dunia diciptakan dan fitrah/lumrah/tabii sesuatu benda yang diciptakan
  • Epistemologi – berkait dengan kepercayaan anda tentang bagaimana seseorang itu dapat menemui/mencari ilmu pengetahuan mengenai dunia (MacIntosh, 2009).

Ramai sudah faham, mahir dan pakar dalam kaedah-kaedah kajian. Ia samada kaedah kuantitatif, kualitatif atau campuran. Di dalam setiap kaedah kajian terdapat teknik-teknik atau pendekatan yang perlu penyelidik pilih untuk menjalankan kajian mereka.

Sebaliknya, ontologi (dari onto-, dari Greek ὤν, ὄντος "ada; iaitu adalah ia", present participle dari perkataan katakerja εἰμί "ada (be)", dan -λογία, -logia: sains, kajian, teori) adalah kajian falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabii kehidupan (nature of being), kewujudan, atau realiti sesuatu itu, dan juga kategori asas kehidupan/kewujudan (being) dan hubungan mereka. Ontologi adalah berkait dengan soalan tentang apa entiti yang wujud atau boleh dikatakan wujud dan bagaimana  entiti itu boleh dikumpulkan, dikaitkan dalam satu hirarki dan disubbahagi mengikut kesamaan dan kebezaan (Wikipedia).

Apa pula epistemologi?
Epistemologi (dari Greek ἐπιστήμη (epistēmē), bermaksud "ilmu pengetahuan, pemahaman", dan λόγος (logos), bermaksud "kajian mengenai (study of)") adalah cabang falsafah mengenai fitrah/lumrah/tabi’i (nature) dan skop (had-had) ilmu pengetahuan. Ia menjawab pertanyaan soalan:

  • Apakah dia ilmu pengetahuan?
  • Bagaimana ilmu pengetahuan itu diperolehi?
  • Setakat mana ia mungkin/tak mustahil untuk sabjek yang diberi atau entiti yang hendak diketahui?
   
Terma epistemologi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah Scotland James Frederick Ferrier (1808–1864) (Wikipedia).


Kesimpulan

Tidak kira jika anda dibidang mana sekalipun samada sains tulen, sains sosial atau sastera, ontologi dan epistemologi boleh digunapakai untuk mendekati apa yang anda ingin capai dalam usaha kajian anda memahami dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang anda.

Namun, ilmu falsafah dikatakan telah dimulakan oleh Aristotle dan Plato dari bangsa yunani. Kemudiannya, beberapa ilmuwan islam seperti al-Farabi, ibnu Sina, ibnu Rushd dan lain-lain telah belajar mengenai ilmu falsafah ini dan cuba memberi fahaman mengenai ilmu tauhid kepada bangsa eropah mengenai akidah islam secara ilmu metafizik. Ada juga ulama-ulama islam zaman itu mengecam ilmuwan islam mempelajari dan menggunakan ilmu falsafah yunani atau metafizik dalam ilmu islam. Perdebatan ini berterusan kerana bagi saya ilmu falsafah mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Pada hari ini, kajian teologi islam ada juga yang menggunakan ilmu logik metafizik (penyelidik bidang usuluddin dan syariah boleh komen pasal perkara ini).

Selamat berfalsafah dalam kajian.

~yba~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan