Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Khamis, 17 Mei 2012

Semakan Literatur (Literature Review)





Sebelum anda memulakan kajian, anda wajib dulu membaca literatur bidang anda dengan meluas. Ia akan memberi anda kefahaman yang meluas mengenai sesuatu bidang tersebut dan juga disiplin yang berkaitan, jika ada.

Sudah menjadi tradisi ilmu islam sejak dulu lagi untuk merujuk tulisan-tulisan ulama muktabar sebagai rujukan islam sebelum ulama-ulama menulis buku/syarahan/kitab/karya mereka. Ini adalah supaya ilmu yang ditulis/sampaikan itu mengikut disiplin islam yang betul dan benar seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para-para sahabat salafussoleh, tabi’it tabi’in seterusnya. Dengan itu, hasil karya itu akan menjadi sahih dan boleh dipercayai untuk diamalkan.

Dalam ilmu barat pun sehingga hari ini memerlukan kita merujuk literatur yang betul sebagai rujukan supaya kita tidak menyampaikan ilmu yang salah. Namun, dalam ilmu inovasi dan kreatif, kita boleh mengusul pandangan atau cadangan logik dan rasional akal kita. Selagi ia adalah logik, berfakta dan rasionalnya nampak baik maka ia boleh disokong dan diamalkan. Ini berbeza dengan disiplin ilmu wahyu yang perlu ikut disiplin ilmu islam yang benar dan betul supaya tidak tersalah tafsiran dan amalan dari tradisi islam.

Apakah yang dimaksudkan dengan semakan literatur dalam kajian PhD?

“Literatur” dalam semakan literatur merujuk kepada koleksi bahan-bahan sesuatu topik. Ia terdiri daripada pamphlet kerajaan hinggalah kepada artikel sarjana. Semakan literatur bukan bermaksud bahawa pembaca mahukan anda memberi pandangan peribadi samada anda suka atau tidak dengan sumber-sumber ini.

Adakah ia semakan literatur ilmiah/akademik?

Fokus utama kertas kajian akademik adalah untuk membina perbahasan (argument) baru. Dalam kertas ini/tesis, anda menggunakan literatur sebagai tapak asas dan sokongan untuk pandangan/pemerhatian (insight) baru yang anda hendak sumbangkan. Fokus semakan literatur ini adalah untuk meringkaskan dan sintesis perbahasan dan idea orang lain tanpa menambahkan sumbangan baru.

Bagi para sarjana, kedalaman dan keluasan semakan literatur menekankan kebolehpercayaan (credibility) seorang penulis dalam bidangnya. Semakan literatur juga menyediakan latarbelakang yang kukuh untuk penyiasatan sesuatu kertas kajian. Ilmu pengetahuan yang menyeluruh mengenai literatur bidang itu adalah penting kepada kebanyakan kertas kajian.


NB: Dalam menulis semakan literatur, tujuan anda adalah untuk menyampaikan kepada pembaca mengenai apa ilmu pengetahuan dan idea yang telah dibina dalam sesuatu topik, dan apakah kekuatan/kelebihan dan kekurangan/kelemahan mereka. Sebagai satu hasil tulisan, semakan literatur mestilah didefinisikan oleh konsep yang dipandu (seperti., objektif kajian, masalah atau isu yang anda bincangkan atau tesis perbahasan anda). Ia bukanlah hanya senarai penceritaan/gambaran tentang bahan yang ada, atau satu set ringkasan.

TIP: Selain meluaskan ilmu pengetahuan anda mengenai sesuatu topik, penulisan semakan literatur membolehkan anda mendapat dan menunjukkan kemahiran dalam dua perkara:

  • Pencarian maklumat: kebolehan untuk menyaring literatur dengan efisien, menggunakan kaedah manual atau berkomputer, untuk mengenalpasti satu set artikel dan buku yang berguna
  • Semakan atau penilaian kritikal: kebolehan untuk mengaplikasi prinsip-prinsip menganalisis untuk mengenalpasti kajian-kajian yang tidak memihak (unbiased) dan sahih (valid).

Akhirnya, semakan literatur mestilah mempunyai perkara-perkara ini:

  • Menjadi tersusun disekitar dan berkait secara langsung kepada tesis atau soalan kajian yang anda sedang membina
  • Sintesis hasil kajian kedalam ringkasan apa yang telah dan sedang tidak diketahui
  • Kenalpasti perkara-perkara atau ruang yang kontroversi dalam literatur
  • Membuat formula soalan-soalan yang memerlukan kajian selanjutnya

Oleh itu, usahlah ambil mudah akan perkara mengenai semakan literatur dalam tesis anda. Ia akan memberi tajuk kajian yang sesuai dan permulaan bagi pembinaan perbahasan lopong kajian di bab 1. Ia juga akan membantu mengaitkan kepada falsafah dan metodologi kajian serta memudahkan anda membian rangkakerja kajian atau latarbelakang kajian serta konteks kajian.

Selamat membaca dan menulis.

~yba~ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan