Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Selasa, 15 Mei 2012

Lopong Kajian (Research Gap)


Bagi pelajar yang baru mencebur diri dalam kajian akademik mungkin pening kepala mencari dan membina lopong kajian.

Sebenarnya, ia tak susah jika anda mengikut langkah-langkah yang perlu dalam kajian. Bagi penyelidik pakar, mereka ada jalan/cara tersendiri selain dari mengikut cara-cara/teknik-teknik yang biasa digunapakai oleh penyelidik-penyelidik lain.

Kenapa perlu cari lopong kajian? Sudah tentu kerana kita tak mahu tiru/menggandakan hasil kajian yang orang lain telah lakukan untuk menjadikan kajian kita ‘asli’. Usaha ini perlulah mula dari awal kajian lagi. Ada juga yang mengatakan, lopong kajian adalah:

  • Yang menjadikan manuskrip anda diterbitkan
  • Elemen yang hilang dalam literatur kajian sedia ada
  • Lopong yang anda hendak isikan dalam pendekatan kajian anda

Mengikut skema yang dicadang oleh Swales (1981), diambil dari Bruce (1995), langkah-langkah teratur yang menjadi kebiasaan untuk diikut oleh penulis ketika menulis artikel jurnal adalah:
  • Bina bidang anda: Kenalpasti masalah besar dan luas dan kemudian tentukan kepentingannya
  • Ringkaskan kajian terdahulu: Tentukan apakah yang signifikan dalam apa yang telah ditulis
  • Buat/ciptakan satu ruang kajian: Ceritakan lopong yang anda cadangkan untuk menambah kepada literatur kajian sediaada. Ini kemudiannya akan mencipta peluang untuk anda membuat sumbangan kepada kajian dalam bidang itu
  • Kenalkan projek kajian anda: Bina tesis kajian anda atau soalan-soalan

Kesimpulan

Kajian PhD anda merupakan hasil sumbangan yang bakal anda beri kepada literatur ilmu pengetahuan bidang anda disamping perkara praktikal yang boleh diamalkan oleh golongan bukan akademik di organisasi mereka. Seharusnya, kajian anda merupakan sesuatu yang belum pernah dikaji oleh penyelidik lain dan boleh menjana beberapa sumbangan yang bermanfaat dan signifikan kepada bidang akademik dan juga amalan.

Mencari lopong kajian memerlukan pembacaan yang luas dalam literatur dan penelitian serta membuat keputusan yang besar kepada satu kajian PhD yang bakal mencorakkan kehidupan anda 3-4 tahun kemudian dan juga hasil natijahnya selepas anda viva dalam tesis anda.

Oleh itu, janganlah terburu-buru dalam mencari kelopongan kajian kerana ia akan menjadi tesis anda!

Selamat mencuba.

~yba~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan