Pencinta ilmu (Guna Chrome atau Firefox)

Rabu, 11 April 2012

Endnote X1 – bahagian 1


Untuk pengurusan menulis tesis yang tebal dan rujukan yang banyak memerlukan pelajar pandai menyusun dan merekod rujukan-rujukan dan penulis-penulisnya untuk dimasukkan dalam bab rujukan atau bibliografi. Ada beberapa perisian yang banyak digunapakai oleh pelajar-pelajar PhD seperti Endnote dan mendeley. Di sini, saya akan menulis mengenai Endnote X1 sebagai tambahan kepada bengkel praktikal dan bacaan anda.


Apakah dia Endnote?


• Endnote adalah satu pangkalan data yang membolehkan pengguna menyimpan and menyusun rujukan.
• Endnote boleh digunakan bersama Microsoft Word untuk ‘rujuk sambil menulis’ dengan membolehkan pengguna memasukkan rujukan, gambar, jadual dan carta kedalam dokumen semasa mereka menulis.
• Endnote boleh digunakan bersama katalog perpustakaan atas talian dengan membolehkan pengguna meng’impot’ rujukan secara terus kedalam Endnote dan bekerja bersama mereka disana.
• Endnote juga mempunyai kemudahan ‘impot’ yang membolehkan pengguna untuk meng’impot’ rujukan kedalam fail teks, spreadsheet dan pangkalan data peribadi.


Memasukkan Rujukan


• Buka Menu rujukan dan pilih Rujukan baru - anda akan melihat pengarang, tahun, tajuk, jurnal, jilid, keluaran dan muka surat
• Pilih jenis rujukan yang dikehendaki
• Tekan tutup untuk simpan


* Anda juga boleh menggunakan fungsi “auto-complete”


NB: Petak Abstrak, nota dan nota kajian


Petak ini mampu memuatkan sehingga 64,000 karakter, bersamaan kira-kira 16 mukasurat teks biasa.


* Masukkan nota seringkas mungkin


Melampirkan gambarajah


• Buka Menu rujukan, pilih Gambarajah dan pilih lampirkan gambarajah…
• Tekan Pilih Fail
• Pilih imej fail dalam komputer anda
• Tekan butang Buka
• Anda boleh tulis nama yang anda suka di petak caption
• Tutup


* Anda juga boleh melampirkan fail dalam bentuk pdf dan lain-lain dengan rujukan.


NB: - Anda boleh menggunakan fungsi edit dan padam rujukan
- Anda juga boleh membuat kumpulan rujukan melalui menu rujukan -> kumpulan -> bina kumpulan baru


Mengimpot rujukan

- Dari perpustakaan universiti


* Jika universiti anda mempunyai fungsi ini, anda boleh menggunakan impot rujukan ini.


- Dari pangkalan data pakar subjek


* Endnote mempunyai fungsi ‘cari dan sambung’ yang membolehkan pengguna untuk mencari beberapa pangkalan data bibliografi atas talian dan impot penemuan kajian ke dalam perpustakaan rujukan Endnote mereka. Bagaimanapun, tidak semua pangkalan data terpencil mempunyai butang impot terus kedalam Endnote. Dalam kes ini, pengguna perlu menyimpan data kedalam bentuk dokumen teks dan mengimpot fail teks itu ke dalam Endnote.


Bersambung/….


~yba~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan